Tuesday, February 1, 2011

Kasih abah :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

okay entry petang2 ni, saya dengan senang hatinya nak jadikan cerpen yang xseberapa saya buat. masih banyak yang perlu diperbaiki, mohon tunjuk ajar, saya budak baru belajar. hikhik (^_^). actually saya da buat lama, tahun ni gak la, pastu dengan rajinnya masukkan dalam fesbuk. :D. tapi sebagai kenangan nak letak la dalam teratak kesayangan ni. (jangan jeles) hihihi. okaaaayy !



Ingat lagi..
masa surat tawaran sampai di rumah..
abah la orang yang paling gembira..
abah la yang paling bersungguh3..
siap da rancang macam2 untuk hantar anak abah ni ke universiti..
macam2 abah pesan untuk along..
.abah siap cakap lagi. kalau la boleh. abah rasa macam nak bawa 1 kampung
ni hantar along pergi belajar
.hihihi.. sayangnya abah pada along ya..
akhirnya hari yang di nanti telah tiba..along telah pun bergelar seorang mahasiswi di universiti ..
abah tersenyum manis dan bangga..
abah pesan..
"kat tempat orang ni.. along belajar rajin2. jgn tinggal solat, baik dengan orang, jaga batas pergaulan,jangan mudah terjerat dengan cinta, kalau dah a


da orang yang berkenan kt along suruh dia datang jumpa abah, mudahkan kerja orang, sabar.. n macam2 lagi.."
angah tersenyum je.. adik turut tersenyum seolah2 memahami apa yang di bicarakan..
***
abah along rndu mak..
bila tengok adik.. terus teringat arwah mak..
muka adik saling tak tumpah macam arwah mak..
mak menghembuskan nafas yang terakhir..
selepas bertarung dgn nyawa melahirkan adik..
sudah 5 tahun mak pergi menemui ilahi..
setiap kali along nangis rindukan mak..
abah la yang selalu datang..pujuk along..
abah kata..
kalo along rindukan mak..
setiap hari Along sedekah kn alfatihah tuk mak..
along jangan nangis ya..
nanti mak mesti sedih kt sana kalau dia tahu along
meratapi pemergiannya..
***
hari yang di lalui sebagai mahasiswa/i d universiti bukanlah sesenang yang di jngka..
setiap hari teringat abah, angah dan adik..terasa macam nak balik rumah je..
tapi bila terfikir kan harapan arwah mak ngn abah..
anak abah ni kuatkan juga semangat~
satu hari tu..
abah..
angah telefon..
angah cakap abah masuk hospital..
teringin nk pergi melawat abah. teringin sangat2..
tapi abah kata..
"tak apa abah sihat lagi ni..


abah tak apa2 cume demam sikit.."
walhal angah ada bagitahu sakit abah teruk..
abah lebih risaukan pelajaran anak2 abah sendiri dari sakit abah..
sehingga abah abaikan kesihatan abah..
abah nak yang terbaik untuk anak
2 abah..
abah tetap nak sedapkan hati anak abah..
abah taknak tunjuk kat anak2 abah yang abah menahan derita penyakit yang abah sembunyikan dari pengetahuan anak2 abah..
Kenapa ya abah?
waktu anak abah ni sedang membilang hari untuk menghadapi peperiksaan akhir..
terdengar bunyi deringan telefon yang menjerit minta di angkat..
abah telefon.. gembiranya hatii
masa berbual dengan abah...
sayu hati anak abah ni bila dengar suara tua abah yang merindui anaknya, menahan sakit, gembira bangga anaknya telah dewasa n memasuki alam universiti..
terdengar tawa ria abah.. cerianya abah..
bergenang air mata tatkala mendengar nasihat abah, harapan abah, dan kata2 semangat abah y menjadi prinsip anakmu ini untuk menggenggam segulung ijazah dan anugerah y sangat berharga utk arwah mak dan abah.
.
abah dalam nada yang bersungguh dan dengan membawa segunung pengharapan ..
berderai air mata anak abah ini..
takut sungguh hati ni sekiranya tidak mampu membahagiakan hati abah dan amanah arwah mak..
kedengaran halus esakan kecil yang cuba sembunyikan abah di hujung talian sana..
terdiam sebentar anakmu ini ..
cuba menangkap bunyi esakan itu..
anak abah ni cuba bertanya.. abah..
"abah ngis ya?...
abah rindu kan mak ya?.."
dengan suara yang tersekat2 menahan sebak di dada..
abah diam tanpa kata..tapi..abah kembali bersuara..
abah menyangkal dan berkata...
"eh mana ada abah nangis.. abah selesema kot..habuk banyak sangat ni, jangan risau ya...."
abah sedapkan lagi hati anak abah ni..
abah pula yang kata ..
"along.. along jangan nangis. abah tahu along risau kan abah.
tapi along tak perlu risau.
abah tak nangis la. abah kan lelaki.lelaki kan kena kuat.. "
abah cuba menyedapkan lagi hati anak abah ini..
bergugur lagi air mata along,
abah memujuk dan terus memujuk..
akhirnya along mampu mengawal perasaan kem
bali..
abah sempat buat lawak..abah kata..
" ala, maaf la along.. abah takda pula kat situ nak lap kan air mata along.
along cepat2 lap air mata tu.. nanti habis 1 bilik tu banjir dengan air mata along. kesian kawan along"..
along hanya mampu tersenyum n sebak di dadA Semakin membuak2 merindui abah..
selesai berbual panjang dgn abah..
anak abah kembali bersemangat untuk meraih segulung ijazah untuk dijadikan hadiah buat arwah mak dan abah..
Alhamdulillah..
setelah beberapa tahun berjuang ilmu di universiti..
hari yang di nanti2kan telah tiba..
hari yang mampu membuat arwah mak dan abah tersenyum dan hadiah yang paling berharga ank abah ni nak bagi untuk kalian berdua..
majlis konvokesyen.. :)
seminggu sebelum majlis konvokesyen berlangsung..
abah juga la orang yang paling bersemangat mengatur semua persiapan untukmenghadiri majlis konvokesyen tu untuk along..
walaupun abah tidak sihat, sakit abah semakin teruk..
tapi.. terpancar jelas riak gembira di wajah
abah..
abah seperti tidak mempedulikan sakit abah tu..
along selalu berpesan kat abah..
supaya abah tidak banyak buat kerja...
tapi abah berkeras nak buat juga.. abah tetap nak buat..
itulah sifat abah...tak pernah mengenal erti kalah..
2 hari sblom konvokesyen..
sakit abah semakin teruk..
sehingga abah di kejarkan ke hospital sebab abah pengsan selepas menunaikan solat subuh.
berdebar hati kami abah..
semoga abah kembali sedar dari pengsan..
tiba2.. doktor datang jumpa along..
doktor hanya mampu menggelengkan kepala..dan minta along bersabar..
ya Allah....
saat tu along hanya mampu terduduk abah..
abaahh....
kenapa tinggal kan kami abah?
macam mak tinggal kan kami?...
selepas urusan jenazah abah selesai..
along ingat lagi..
sewaktu mencium dahi abah..
muka abah bersih sangat..
abah seolah2 tersenyum abah..
along rindu abah..
doktor ada bagi surat kat along..
katanya.. surat tu seminggu sebelum konvokesyen along..
abah suruh bagi selepas konvokesyen along..
oh rupa2nya.. abah dah dapat rasa yang abah akan pergi dulu..

surat untuk anak abah..
salam syg dari abah..
abah bangga sangat along dah dapat ijazah untuk abah..
sekarang ni abah dah tak perlu risau tentang ilmu yang along dah dapat..
abah dah tak perlu risau lagi..
along dah besar.. dah boleh berfikir mana yang baik , mana yang burukkk.
abah dah tak perlu risau..
sebab along tak kann nangis lagi kan?..
sebab along kan anak abah..
along kan kuat cm abah..
along, jaga angah dengan adik baik2..
maafkan abah syg..
maafkan abah sekiranya abah tak sempat.. maafkan abah ye..
maafkan abah..
jaga diri along, angah dan adik..
jangan lupa titipkan doa dan alfatihah setiap hari untuk abah n mak..
salam syg :
abah..
****
menitis air mata tatkala membaca surat abah..
abah..
along rindu abah..along rindu sangat2..
along nak sangat abah tengok along menggenggam skrol untuk arwah mak dan abah..
tapi kenapa bah.. kenapa abah pergi dulu sebelum abah tengok along genggam skrol tu abah..
abaah...
along rindu abah.. rindu.. rindu.. rindu sangat2...
along rindu mak abah...
along nak abah tawu along sayang mak dengan abah. sayang sangat2..
sampai kan along tak tahu abah menghidap sakit apa..
kenapa abah tak bagitahu along.. kenapa abah?..
apa salah along pada abah..
along sayang abah.. abah tahu kn along sayang abah?..
abah nak tahu tak abah..
adik dah semakin petah cakap s
ekarang ni..
adik hari2 tanya.. kenapa hari tu ramai orang..
kenapa abah kena masuk dalam tanah..
kesian abah..
abah buat apa sekarang ni along..
abah da tak sayang kita ke along?..
adik rindu abah.. siapa lagi yang nak bawa adik pegi jalan naik motor..
siapa yang nak buatkan n suapkan adik cekodok a
bah..
adik nak abah along.. adik nak abah along..
adik nak abah..
kenapa orang2 tu jahat pergi masukkan abah dalam tu..
kenapa abah tidur kat situ along..
adik nak abah.. adik rindu abah..
bila abah nak balik along..
adik menangis abah..
along dah tak tahu nak pujuk adik macam mana..
bila along tengok adik nangis.. along cuba untuk tidak nangis sama abah..
along cuba nak jadi macam abah.. macam yang abah selalu cakap kat along.. alongkan kuat macam abah..
tapi abah.. along tak mampu abah..
along tak mampu nak jadi sekuat abah waktu abah tabah menerima pemergian mak..
tapi along akan tetap cuba untuk jadi macam abah..
along akan jaga angah ngn adik sebaik-baiknya..
arwah mak ngn abah jgn risau ya..
selagi along masih hidup..along akan jaga mereka seperti mana..
arwah mak dan arwah abah jaga kami adik beradik..
semoga arwah mak dengan arwah abah tenang di sana..
ketahuilah mak dan abah..
along, angah n adik sayang mak dan abah sangat2..sayang sangat2..
p/s : hargailah kedua ibubapa kita dan bahagiakanlah mereka selagi
mereka masih ada..


Okay, bila buat cerita ni en, mesti teringat mak ngan abah kat rumah, kalau kat bilik kat kolej, setiap malam mesti rindu. sampai pegi cafe kat raff pon bile tengok lauk, mesti teringat punya la masakan mak, okay abah saya pon pandai masak . hihi (nyum3) sedap~ rinduuu.. kadang2 tu tanpa sedar mengalir jugak air mata ni sebelum tido teringatkan mak+abah.. tapi tak pernah pon meluahkan rindu.. maluu~ :') cuma sampaikan pesan kat adik, soh kirim salam rindu kat mak ngan abah. hikhik.

wahai sahabat2, kadang2.. tanpa kita sedar, mungkin kita telah melukai hati mereka.. cuma mereka tak nyatakan.. mungkin kita terlalu sibuk dengan assignment,kelas sume tu sampai lupa nak call mereka en. so, tepon la ye. mereka rindu kan kita :).. siapa tak sayang anak yang d bawa ke hulur ke hilir 9bulan.. pastu kita lahir2 je, bangun malam2 buat susu untuk kita, abah pulak cari rezeki untuk besarkan kita, beri pendidikan untuk kita.. sampai da masuk universiti.. Kasih sayang mereka terhadap kita tak pernah luntur walaupun mereka marahkan kita, tegur kita.. tapi itu semua untuk kebaikan..

Teringat pesan mak, mak cakap. "walau seseorang ibu tu marah macam mana pun, hatinya tetap lembut sayang kan anak..tetap sedaya upaya untuk memberi kebahagiaan kepada anaknya dengan cara yang berbeza walau hatinya dilanda kesedihan".. so wahai sahabat2 sekalian, bila kita semakin matang dalam menyusuri hidup ni, lagi2 setelah begelar mahasiswa/wi.. minda kita lebih matang untuk berfikir kembali tentang kasih sayang mak dan abah kita kan?...
"Ya Allah, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku sejak kecil.. "
fikir2 dan renungkan la.. :)

Salam,
ShimaMia

***
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya : ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan ( dari awal mengandung hinga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) "
(Surah Luqman 31:14)


Awak sudi jadi isteri kedua saya?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

okay ini copy n paste je.. saya suka article ni.. :) jomjom baca sama2

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua kekasih awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua.
Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah. "Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni."Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untukmembantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini. "Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. "Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut "Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. "Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang. "PERJUANGAN, " jawab Syazni.
************************************************************
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan! Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami… Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Allah dan memperjuangkan Islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan Islam walau di mana saja..dan situasi apa pun..
***
wah.. rasa cam nak nangis je. teharu. yeah saya pon nak jadi isteri kedua ! :) Mardhatillah ♥
Salam,
ShimaMia.
***
Firman Allah s.w.t :
" Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." 
(Surah Ar-Rum 30:21)

Kisah berkat di sebalik membaca Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


yeahh kali ni saya nak sampaikan cerita yang saya baca lagi dari article y saya simpan hasil dari blogwalking jugak, rase2nye article ni da femes amos dah, mybe ada yang da pernah baca n maybe ade y belum, so takpela kan.. da baca ke belom baca ke, saya nak share jugak. hihihi :D okay? sambil2 type ni, best pulak dengar lagi istimewa tiada dua by nice+hazami.. bermakna lirik dia.. :) dengar la eh wahai sahabat y d sygi ♥
okay jomm kita baca eh?..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan setinasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminye berkata sambil mengejek," Asyik Bismillah, Bismillah, sekejap2 Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: " Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan2mu itu."

Untuk membuat sesuatu y memeranjantkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya denan berkata, " Simpan duit ini. " Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat y selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat y disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap2 suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, " Berikan padaku wang y aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati2 dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahim." Ketika itu Allah S.W.T menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila henfak memulakan sesuatu kerja.

***
okay, renung2kan la wahai sahabat2 sekalian. :)

Salam,
ShimaMia

***
" Barang siapa menunjukkan pada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya"
(HR Muslim)


Monday, January 31, 2011

Warkah Adam buat Hawa..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

untuk entry petang ni, biasa la blogwalking kn. eh cuti2 ni rajin pulak la blogwalking semua.. :) Alhamdulillah ilmu Allah tu luas.. ♥

Warkah Adam buat Hawa..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Ku teruskan bicara buatmu,
Hawa..

Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu..

HAWA..

Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini..
Hawa.. ke mana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku? Kalau dulu, untuk mengucapkan sebaris kata di hadapan ku sekalipun, kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin..
Namun hari ini, suatu kebiasaan jika ku perhatikan malumu kian lenyap!
Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yg menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan-silu.. malu itu selayaknya kau punyai, tapi apa yg terjadi kini???

HAWA..

Apa yg membimbangkanku, kedaan ini biasa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah..
Pergaulan yg ku kira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan, terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi..

HAWA..

Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu??
Mengapa hawa yg kukenal dulu tidak lagi selembut dulu?
Tidak seperti dulu??
Tutur kata yg petah, alunan suara yg lantang, mengheret aku ke dalam kesedihan yg berpanjangan..
Kau bisa ku samakan dengan teman-temanku yg lain dan jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, Hawa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri saja..
Dulu, ku sanjung tinggi peradabanmu yg kiranya dibandingkan dengan kaumku di luar sana.
Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala kulihat bata
s-batasmu kian memudar, dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yg menyimpan setinggi-tinggi maruah..

Lantaran itu, usah terlalu ghairah denganku, kaum Adam dan kita mempunyai benteng yg teguh.. janganlah dirobohkan..

HAWA..

Fahamilah..
ku tak ingin kau terlalu menonjol diri, kerana bagiku hawa adalah sebutir mutiara yg terlalu mahal harganya..
Terus terang ku katakan duhai hawa, bukan keramahanmu kupinta, bukan sapaanmu yg menggembirakan diriku, tapi mengertilah Hawa, ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan..

HAWA..

Jika bersua muka, tundukkan pandanganmu..
Perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun naluri kita saling memerlukan..
Ingatlah Hawa, batas-batas pergaulan di antara kita, itulah yg harus dijaga..

HAWA..

Peliharalah tingkah laku mu tak kira di mana-mana saja..
Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah, tapi dengarlah Hawa, aku mahu kau sedar!! Sedar yg dir
imu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini..

Kaumku, Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat Allah lantaran dosa yg kita titipkan..

HAWA..

Sekian dulu untuk kali ini..
Ketahuilah duhai Hawa..
aku amat merindui dirimu yang dulu..

***

okay, bila da baca rasa sayu sangat hati ni, terkesan di jiwa.. buat diri dan akhowat d luar sana, Bangkitlah dari lena yang panjang.. agar kita tidak terus hanyut di buai mimpi yang tak berkesudahan...

Wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak, susah di petik susah digapai.. Terkadang epal itu risau kenapa dirinya belum di petik, lantas dia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan dia sebenarnya telah Allah s.w.t jadikan begitu tinggi martabatnya hingga tiada siapa pun yang berani memetiknya, Hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat..

Salam,

ShimaMia.

***

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."

(HR. Muslim).

Cinta Naim, si budak agama

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


Entry kali ni memang sangat2 menarik+bermanfaat untuk semua. entry ni saya dapat bila dok blogwalking ke hulur ke hilir, akhirnya dapat gak baca.. so nk share la untuk semua ape y baca hari ni. ohhh. terkesan jugak kat hati ni.. okayokay. mesti da tak sabar nak baca en? JOM baca !! :D

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sekolahnya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.
“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.
Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:

Salam
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhuwah fillah,
Nisa'

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.

Balas dia:

Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.

Naim


Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulama yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas takhtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karung’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,sbnarnye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.
Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.

Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.


Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin, dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin, jika dia menulis surat balas, syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

***
semoga kita sama2 amek iktibar dari kisah ni,
ya Allah ampunilah dosa kami, peliharalah pandangan kami, hati kami, ikhtilat kami, tabahkanlah hati kami dalam mencari redhaMu...ameen..

Salam,
ShimaMia

***

"Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu."
(Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)


Sunday, January 30, 2011

ya :)

Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum semua !


okay da mula berhabuk la teratak saya ni :) meh saya nak bersih2 kan sikit dengan celoteh yang tak seberapa ni, hihi. dari hari 1st masuk sem 2 ni, saya konon2 mula da tak kenal erti relax, oh buat kerja semua cepat aiceh~ Alhamdulillah, berkat belajar pengalaman baru dari clinical kat hospital selayang~ ohhh sangat merindui sume kat situ. bestnye ! eh lupe pulak nak cite, okay sem 2 ni da merasa clinical kat hosp.. sangat mencabar la jugak. hari2 terakhir tinggalkan hosp. selayang. uwaaa tak dapat weh nak tahan air mata ni bila ada sorang nenek ni nangis sambil peluk saya.. sobsob.. :( punya la saya nak tahan air mata ni, tengok nenek dok mengalir je air mata, last2 tumpah jugak. sebak :( rindu nenek ! rindu kong kong cenonet.. rindu CI, SN, JM, PPK, doktor, detition, radiographer, sume2 la n especially patients.. :( okay, banyak sebenarnye nak cite pasal ape yg saya dapat kat sana.. uwaaa RINDU, hanya Allah y tawu.. ♥



skang ni cuti raya cina, berakhirnye sebuah dendam rindu kat uma, family, katil, bantal, n mawayi (kucing ksygn). hahaha ! sampai2 uma je, tercarik2 mawayi, selalunya dia la jadi penyambut tetamu yang setia, tiba2 kali ni takde pulak... okay fine, akhirnya misi mencari mawayi berjaya ! punya la sedap dia tido bawah meja ni.. last2, dia parking atas riba saya jugak. bertuah punya mawayi ! :) takpela rindu punya pasal ! :)

eh, alamak ~ da lambat. mau siap2 .. ada date dengan akak :) hihi
nanti kalau rajin lagi saya update okay..

Salam,
ShimaMia

***
Diriwayatkan daripada Anas r.a :
" Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : " Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seper halnya ia menyayangi dirinya sendiri."