Monday, April 18, 2011

La tahzan + JANGAN bersedih + DON'T be sad

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)..



entry kali ni, mengenai sesuatu yang x asing dari hidup kita.. iaitu kesedihan.. semua orang pasti mengalami perasaan itu.. Jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada untuk kita..

***



Kadangkala Allah hilangkan mentari,
Kemudian Dia datangkan guruh..
Puas kita menangis, mencari mana mentari kita..
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

ayat yang di petik dr I ♥ Islam..

"Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu...

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah .."



kenapa aku diuji?

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman" ; sedang mereka tak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya ! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian sedemikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(alAnkabut : 2-3 )

kenapa aku diuji dengan ujian seberat ini?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... "
(alBaqarah : 286)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?

" .... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(alBaqarah : 216)

kecewa?

" Dan Janganlah kamu merasa lemah ( dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita ( terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang (sungguh-sungguh) beriman"
(alImran : 139)

macam mana aku nak hadapi semua ni?

" (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(arRa'd : 28)

" Wahai orang-orang yang beriman ! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
(alImran : 200)

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(alBaqarah : 45)

apa yang aku dpt dari semua ni??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah ...."
(atTaubah : 111)

kepada siapa aku berharap?

"... cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepadaNya aku beserah diri, dan Dia-lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
(AtTaubah : 129)

aku dah berputus asa?

" .... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 87)

mereka yang baru lepas putus cintancintun?



ingatlah tiada yang lebih indah dari mendapat Cinta dan redhaNya..
ya Allah tanamkanlah dalam hati-hati kami cinta kepadaMu melebihi segala2nya... ameen..

***
okay.. wahai sahabat2, Ujian itu tarbiyyah, Hadapilah dengan kesabaran dan keimanan.. Kerana x semua orang dapat merasai kesedihan kita, bersyukurlah kerana kita di tarbiyyah dengan ujian dari Allah.. sesungguhnya ujian Allah tu sangatlah manis..
Allah xkan menguji sesuatu tanpa bersebab..
apabila kita mengetahui hikmah kebaikan sesuatu ujian itu, pasti kita akan menangis kegembiraan kerana jelas terpancar dan mengalirnya kasih Allah itu untuk hamba2Nya..

Bukti Cinta Allah terhadap kita..
" Kitab (alQuran) ini tidak ada keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertakwa."
(alBaqarah : 2)

dan INGAT lah..

Allah sentiasa ada dengan kita saat suka dan duka..
dan tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali..
Air mata taubat serta air mata yang merindui Allah dan kekasihNya...

Ya Allah, kuatkanlah akar hati kami dalam menuju redhaMu walau diuji hebat
ameen..

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah s.w.t :
"Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?, dan kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan kami tinggikan sebutan(nama)mu bagimu, maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan), tetapkanlah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
(Asy-Syarh : 1-8)

Friday, April 15, 2011

Mujahid itu..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



blog walking skali lagi ♥ ♥ ♥
semoga dengan perkongsian ilmu ini kita sama2 dapat muhasabah diri kita balik, insyaAllah ^^

***
Mujahid itu..
Dalam hatinya adalah taman syurga dengan segala keindahan ibadah..
Dalam hatinya mabuk dengan cinta terhadap Tuhannya..
Dalam hatinya cuma ada Dia..
Dalam tujuannya cuma untuk mendamba redha Kekasihnya..
Dalam matlamatnya merindukan berjumpa wajah si Dia..

Mujahid itu..
Dia bernafas dengan setiap kata pujian pada Kekasihnya..
Dalam bertutur dengan butir permata syukur pada Kekasihnya..
Dia cuma melihat redha Tuhannya dalam setiap langkah yang ditapak..

Mujahid itu..
Dalam setiap deraian air mata yang menitis adalah kerinduan..
adalah keampunan..
Terlebur dalam setiap dosa noda gelap hitam..
yang dahulu dia tenggelam dalamnya..
Dalam setiap rintih tangis adalah pengharapan,
adalah kerinduan dan adalah keinginan..
merindukan dan mengharap cinta Dia...

Mujahid itu..
Keindahan lain di dunia hanyalah perhiasan..
Ya, dia manusia yang suka keindahan..
Tetapi.. dia cuma mendambakan keindahan teragung..
Bertemu wajah Kekasihnya dalam bentuk Nya sebenar..

Mujahid itu..
DIalah pemegang panji tuhan...
Dialah penyebar sinar suci..
Dialah di hatinya punya Quran, di tangannya kekuatan, di wajahnya keberanian..
Dan dialah pejuang sejati segagah rimba di siang hari..
Hatinya cuma ada Tuhannya..
Hatinya cuma rindu Tuhannya..

Mujahid itu..
Setiap langkah yang ditapak..
Setiap nafas yang dihembus..
Setiap detik yang dijejak..
Hatinya cuma 1..
mengharap bertemu kekasihnya dalam pertemuan teragung
dalam perpisahan teragung jasad dan tubuh..

Ya, hatinya cuma mahu kesyahidan !!!
kerna mujahid itu mahu mempersembahkan hadiah terbaik dari dirinya kepada Kekasihnya..
Nyawa, jiwa, hati dan setiap inci jasad..
adalah untuk kekasih Sang Mujahid...

Sumber : www.cetusanminda.wordpress.com

***
buat para mujaheed + mujaheedah ! semoga kuat dalam menegakkan Deen Allah !
ameen.. ♥ ♥ ♥

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah s.w.t :

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman"
(Surah adz-Dzaariyaat : 55)

Sunday, April 10, 2011

warkah buat bakal suamiku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah, hari ni saya nak share something yang menarik dan tertarik :P hasil dr blogwalking, fesbuking, on9'ing' hihihi. 1 artikel yang maybe da femes. ilmu Allah tu luas.. semoga dgn entry kali buat ikhwah + akhowat dapat kita fikir2 dan renung2 kan serta samat beramal. ececeh. hihi
***
Assalamualaikum..

Buat bakal suamiku..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata2 buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana2 lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana2 lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga2 kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat "expressionless face" dan 'cool'. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh2nya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina 'Aisyah R.A ;

" Sebaik2 wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah2 aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata2 untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan
menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah2 seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya2 adakah aku berada di tebing kebinasaan.
Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah2 wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu.

Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebuitr pasir yang wujud di mana2. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, yang memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkanku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaan ku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali2 bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna bagiku..

Dariku,
Bakal isterimu...

***

Ya Allah.. jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.. ameen..

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah s.w.t :

" Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Alah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya."
( Surah Ibrahim : 3)


Jika aku jatuh cinta...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


kita tahu semua org suka berbicara tentang cinta, so
entry kali ni, saya amek dari 1 video kat u tube.. :) sangat memberi kesan di jiwa n dapat memotivasikan diri dan jiwa dalam menghadapi masalah ini.. ♥ ♥ ♥

***

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi keindahan
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia
kepadaMu..

Ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

ameen ya Rabbal alamin.. :)

Semoga kita mendapat cinta ilahi dan cinta insani yang juga mendapat cinta dan redha Ilahi..

Wassalam,
ShimaMia


***

Firman Allah s.w.t,

" Dan apabila hamba2 Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka: Sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu ( dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "
(Surah alBaqarah 2 : 186)


Saturday, April 9, 2011

DOA Rabithah :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

Doa Rabithah :


Ya Allah, engkau tahu bahawa semua hati ini telah berkumpul
untuk mencintaiMu,
bertemu untuk taat kepadaMu,
bersatu di atas dakwahMu,
dan berikrar untuk menolong syariatMu..

Kerana itu, Ya Allah..
eratkan ikatannya dan langgengkan Cintanya,
tunjukkan mereka ke jalan2nya (yang benar),
Penuhi mereka dengan sinarMu yang tidak pernah padam,
Lapangkan dadanya dengan banjiran iman kepadaMu,
dan keindahan tawakal kepadaMu,
Hidupkan mereka dengan kenal denganMu,
dan matikan mereka syahid di jalanMu,
Sesungguhnya Engkau pelindung dan penolong paling baik..

Ya Allah, kabulkan doa ini.
Ya Allah berikan rahmat kepada pemimpin kami, Muhammad s.a.w,
beserta keluarga baginda dan sahabat, serta sampaikan salam kepada baginda.

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad s.a.w,
keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Ameen...



buat Keluarga dan sahabat2 ku yang tersayang..
Semoga ukhuwah yang bersatu atas dasar takwa ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t, dan semoga kita sama2 menjaga ukhuwah indah ini dalam mencari redha Allah s.w.t .

wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah s.w.t :

" Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
( Surah al-Imran 3 : 103)