Thursday, May 2, 2013

Awas, panahan syaitan !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


***

Hadirnya, hati terusik,
Namun akal waras melayarkan persoalan,
Perlukah semua ini? Tidak !
Namun, hadirnya indah pada sebuah erti perasaan,
Ia makin hampir cuba untuk membuka,
Kuncinya?
Adakah masanya sudah tiba?

Lagi..
Akal waras bertindak dalam samar,
Melayarkan persoalan yang sama,
Jiwa memberontak menghalangi hadirnya,
Namun.. degilnya keindahan ini,
Ya, ia sebuah keindahan tapi tidak meredupkan pandangan,
tidak lazat dalam hidangan perasaan,
Ah ! ia cuma keindahan yang cuba dipalit kotoran.

Cuba dan terus mencuba,
seperti tidak kenal erti putus asa,
Ah ! hampir sahaja kunci berbisa itu membuka gerbangnya.

Dalam kekalutan, pergolakan rasa,
Dia menyapa lembut dengan kasih sayangNya,
Terbentang luas teguran penuh bermakna.

Alhamdulillah.. 
 Panahan cinta Syaitan ! Kau kecundang lagi !
Kau kalah lagi !

Harapan seketul hati.. bantulah diri menjaga Hati.
Menjaga untuk yang memiliki kunci.
Kunci yang telah ditetapkan Ilahi.


***

Duhai hati
Uruslah dirimu dengan istighfar, zikrullah & selawat.
Masanya akan tiba dengan izinNya..

Pernah diri ini terpalit dengan keindahan dunia, Pernah hati ini dicalari dengan garisan nafsu dunia, Namun, aku sedar masanya telah tiba. Aku harus bangkit dari sebuah kelalaian.. menjadikan Dia sebagai keutamaan !

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia(syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana karunia Allah dan rahmatNya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(QS. 24:21)


Moga sentiasa dalam Redha Allah.

Monolog si Perindu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



***

Sendirian.
Jiwa merindui.
Ya, rindu hadir dalam jiwa si perindu.
 Air mata bergenang di tubir mata.
lalu diseka jari halus.

Senyum.
Namun keruh juga kelihatan si pemilik jari halus.
Menyatakan rasa yang sama.
walau tiada bicara ditutur.

Hadirnya indah walau rindu itu dirasakan misteri.
Namun jiwa si perindu dan pemilik jari halus.
berbahagia memiliki rindu.

Sungguh.
Walau tiada pernah bertemu.
Jarak masa bukan alasan untuk tidak menanam lalu menyemai rasa itu.
Rasa sebuah rindu.

Senyum masih terukir.
Sebak. menitis dengan perlahan si air mata.
Jiwa meluahkan rasa.
Syukur buat sang Pencipta & Pemilik hakiki sebuah Rindu.
kerana menghadirkan rasa ini..

Rindu padaMu yang Rabb..
Rindu pada KekasihMu.. Rasulullah S.A.W

***
Wassalam,
ShimaMia

Moga sentiasa dalam Redha Allah.



Sunday, April 28, 2013

JOM menjadi generasi alQuran !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua :)

Mari menjadi mukmin yang lidahnya basah dengan Zikrullah, yang dalam Hatinya punya Quran ♥ ~
       

------------------------
Firman Allah s.w.t :
"Kitab (alQuran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (QS. 2:2)

Firman Allah s.w.t :
"Dan apabila dibacakan alQuran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat."
(QS. 7:204)

Firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya orang-orang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"
(QS. 8:2)

Firman Allah s.w.t :
"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim"
(QS. 29:49)

Dari `Uthman bin `Affan r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR al-Bukhari)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Bacalah alQuran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal alQuran, Sesungguhnya alQuran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira."
(Riwayat al-Darimi)

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca alQuran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikan hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai'e)

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

----
Wassalam
ShimaMia

Friday, June 8, 2012

Si kecil yang mencuit hati.


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua.



lamanya tak update, hehe sekarang ni ana dah jadi makteh cima, teruja teruja, hihi okay ini anak buah yang tersayang. 1st anak buah kot. haha tu yang excited lebih. comel kan? 
nama diberi wafa' el eemaan
yang bermaksud Kesempurnaan/kesetiaan Iman.

doakan untuk wafa' semoga da besar nanti jadi hafizah, muslimah solehah acuan Quran. Serikandi Islam yang kuat dan berani dalam memperjuangkan Deen.
ameen ya Rabb !

insyaAllah, ana akan dapat lagi sorang anak buah. coming soon.
Alhamdulillah, semoga dengan kehadiran anak2 buah ni yang menjadi harapan kedua ibubapa, harapan agama, harapan bangsa dan negara. semoga terus harum menjadi wanita solehah acuan Quran.




Addunya mata', khoirul mata', almar'atus solehah.
(Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)

#selit2 sikit. hehe ana nak share 1 sajak(kot) dari program MISI '12 anjuran IKRAM. walaupun tak dapat nak join sebab ana nak masuk belajar dah, ana tetap sokong program ni. hehe.

" Wahai kalian yang rindu kemenangan, yakinlah tiada kemenangan tanpa perjuangan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa Iman, tiada Iman tanpa kerja nyata, bersegeralah sambut seruan perjuangan, Allahuakbar !"

***
notakaki : tetiba ana rasa nak kahwin jugak.. 
ana nak kahwin dengan Dakwah & Tarbiyyah.
semoga terus tsabat & istiqamah di atas JALAN ini..
ameen..

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah S.W.T :
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar-Ra'd 13:28)

Thursday, March 15, 2012

Friends, I Love you because of Allah.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua :)

Awak-awak yang sedang membaca entry ni.. ♥

Awak nak tahu sesuatu tak? saya nak bagitahu awak ni ! ^__^ ♥

Sahabat macam Gula, Sahabat juga macam garam.. Ia saling melengkapi dan saling memerlukan dalam rencah masakan Persahabatan.. yang menghasilkan Rasa yang mengujakan dengkan KehendakNya..


Awak mesti nak jadi Sahabat yang sweet kan?

Sweet macam Coklat ♥ ♥ ♥ walaupun kadang2 rasa macam pahit, tapi dalam pahit-pahit tu tetap ada manisnya dan membahagiakan. bila makan coklat, mesti rasa nak lagi, nak lagi dan lagi ! kan?


Awak nak tahu lagi tak?

Bersahabat kerana Allah SWT, sangat sangat sangat la SEDAP, SWEET, OSEM dan BEST rasanya ! ♥ ♥ ♥ (^_^)/

JOM nak tak kita jadi Sahabat yang menjahit apa yang koyak, yang menampal apa yang bocor ?



Allah berfiman dalam Surah al- 'Asr :
"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(103 : 1-3)

***


tapikan..

awak faham tak makna sebenar Uhibbuki fillah/ Uhibbuka fillah(Aku mencintaimu kerana Allah) dalam Ukhuwah fillah ?

Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibbuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

-petikan artikel iluvIslam.com-


JOM kita selami, memahami, dan mengaplikasi okay?
setiap mukmin itu bersaudara.
semoga kita sama2 dapat memahami makna sebenar Ukhuwah fillah itu.. ♥ ♥ ♥

***



Firman Allah S.W.T :
"Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat), saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa"
(Surah az-Zukhruf 43 : 67)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Hendaklah Allah dan RasulNya lebih dincintai mengatasi selain keduanya. Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka"
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda :
" Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan di doakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

Dalam hadis Nabi S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para Nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah."

Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah ! Beritahulah kami siapakah mereka?".

Baginda menjawab : " Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita".

Lalu baginda membaca ayat al-Quran : (maksudnya) " Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tidak ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita"
(HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)

***



Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingatiNya, Dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk RedhaNya.

" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku & yang menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya"
(Imam Shafie)

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
" Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
(Surah al-Hujurat 49 : 10)

Friday, November 11, 2011

Usrah kegembiraanku ! *edisi menarik*

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



okay entry kali ni, Alhamdulillah.. akhirnya 1 cerpen yang ana nak wat untuk cuti ni da siap. ana nak share cerpen, xtahu la nak cakap ni cerpen ke apa tapi lebih kurang la. hehe. selamat membaca! :)

***

Usrah kegembiraanku !

Perjuangan itu.. gerun dan mengerikan. Hebat dan dasyat menggerunkan hati..bagi mukmin, disini harga dan nilainya.. bagi mukmin disini harga dan nilainya…” kedengaran lagu Perjuangan nyanyian kumpulan Saff-one dari laptop Aleeya yang bergema di biliknya..

Apabila terdengarkan lagu itu pasti hatinya terusik..terasa bersemangat !

“Ya Allah. Rindunya..rindunya dengan dia.. rindu sangat-sangat, indahnya perasaan ini Ya Allah.” Bisik hati Aleeya.

“Aku dan dia akan pastikan yang kami akan berjumpa sekali seminggu..kalau rindu dan ada masalah2 yang tidak dapat kami berjumpa pun, kami akan text sesama sendiri.hehe” Leeya tersenyum sendirian tatkala teringatkan si dia.

Fikiran Aleeya terus melayang teringatkan sesuatu..

***
Sejak mengenalinya..
aku dapat merasakan perubahan ketara dalam diri aku. Perubahan yang membawa kebaikan ke atas diriku..paling membahagiakan, mama dengan abah merestui hubungan kami, malah mama dengan abah juga la yang memberi kata2 semangat untuk aku terus ‘keep in touch’ dengan dia dan ahli keluarganya yang juga telah ku anggap sebagai ahli keluargaku juga !

Aku dapat melihat air mata mama dan abah yang mengalir saat aku mencium tangan dan kedua pipi mereka setiap kali aku pergi ke program2 bersama2 dia dan sahabat2 kami. Aku terlalu sayangkan dia. Lagi sekali aku nak cakap ni.. Aku sayangkan dia okay !heee~ :D

Mengenalinya sesuatu kenangan yang manis dan ‘romantik’ untuk aku !

Mengenalinya..
aku mula mengenal cintaNya.. Cinta kepada yang Esa..aku mula memperingatkan diriku untuk berusaha untuk mencari dan terus mencari Redha dan Rahmat Allah..

Mengenalinya juga..
Hati aku menjadi tenang dalam setiap tindak-tanduk ku, kerana dia mengajar aku untuk melakukan sesuatu perkara kerana Allah..

Mengenalinya juga …
Aku mula menghargai ikatan kekeluargaan aku dan dia..aku mula menghargai ikatan persaudaraan dan persahabatan.. yang paling penting.. aku mula menjaga Hubungan ku dengan Allah dan hubungan ku dengan manusia..

Mengenalinya juga...
aku semakin mengerti makna dakwah..aku dapat merasai kemanisan Iman dan Islam itu di dalam dakwah ini.

Mengenalinya juga…
aku diperkenalkan dengan kisah tokoh-tokoh yang memperjuangkan dakwah! Seperti Assyahid Imam Hassan alBanna, Yusuf alQardhawi, dan ramai lagi.

Mengenalinya juga..
Setiap kali bersamanya, aku sering di dedahkan dengan isu2 semasa dan agama dan kami berbincang mengenainya berpandukan alQuran, Sunnah dan pandangan ulama' dengan diketuai ibu dan bapanya sebagai guru yang mendidik kami.

Kami juga sering membincangkan hal2 mengenai study, jika aku tak berapa faham mengenai apa yang aku belajar, ibu dan bapanya serta ahli keluarganya akan sedaya upaya untuk membantu aku dalam sesuatu subject itu dengan mencari informasi mengenainya...sweetkan?? (^_^)

Mengenalinya..
Sesuatu yang istimewa..nak tahu kenapa?? Ibu bapa dan ahli keluarganya akan menghantar message kata2 semangat yang berlandaskan syariatNya kepada ku dan sesama mereka setiap kali aku nak menghadapi ujian atau peperiksaan..

Bukan tu je, kami sama2 akan memperingatkan antara 1 sama lain untuk terus istiqamah berada di atas jalan Allah ini.

Mengenalinya juga..
aku mula jatuh cinta dengan majlis2 ilmu dan menjadi volunteer untuk sesuatu program.. aku akan berasa sedih jika tidak dapat menghadirkan diri ke majlis2 ilmu yang di naungi dengan sayap-sayap para malaikat..

Jika ada waktu kelapangan aku dan keluarganya akan Rehlah bersama2..mengadakan makan2 bersama2, pergi ‘shopping’ bersama2. ♥ hihi, seronok tau !! :D

Mengenalinya juga..
Alhamdulillah, aku berusaha untuk menjaga auratku, penampilanku, pergaulanku, dan tingkahku..
Yeah..insyaAllah.

Bagaimana aku mengenalinya?...

Hehehe..bila teringat kembali saat pertama kali mengenalinya.. aku tersenyum !aku tak kenal pun dia ! okay kisahnya macam ni..

Namanya menarik hati aku, bukan apa..pergi mana2 mesti orang akan bercerita mengenainya.. rimasnya! Siapa dia tu?? Hemsem sangat ke dia tu?..aduh! Lupakan jela, kau bukannya kenal dia. Aku mengomel sendirian..tetapi jauh dilubuk hati, dapat merasakan aura si dia.. yela, pergi library ke, pergi jogging ke, teman roommate aku pergi ceramah ke, mesti akan ada orang yang akan bersembang tentang dia.. Siapaaa dia tu !!peninggnya..penangan dia tu terlalu kuat sampai kan nak makan pun aku teringatkan dia..

fuhh! 1 hari tu kuasa Allah, Alhamdulillah misi aku untuk mengetahui dan mengenalinya dengan lebih lanjut apabila Allah membuka laluan untuk aku mengenalinya melalui roommate ku Humaira’ sendiri !Aku terdengar perbualan telefon Humaira’, dan tidak semena-mena telinga ku menangkap perkataan dan sebutan yang telah sebati di benakku untuk tempoh ini. Selesai dia berbual, aku pun terus bertanya mengenai si dia yang semakin mendapat tempat di hatiku !Hemsem kah?

Humaira’ hanya tersenyum dan berjanji untuk mempertemukan aku dengan dia ! Baru ku tahu yang sebenarnya Humaira’ sering berjumpa dengannya setiap minggu.

Pertemuan pertama kami….
DupdapDupdap! Jantung aku berdegup laju, tachycardia ! hanya Allah je yang tahu perasaan ku di saat itu. Tengah berdebar-debar memikirkan mengenai dia.
Humaira’ segera menarik tangan aku membawa aku ke 1 meja yang di duduki 5 orang yang kelihatan sangat menjaga auratnya..dan kesemuanya akhawat(perempuan) yang memberikan senyuman yang manis kepada ku..
ya Allah, Tenangnya melihat mereka !

Aku kebingungan..aku segera bertanya Humaira’ mengenai si dia itu ! … dan dengan tenang, Humaira’ memperkenalkan si dia..

“Aleeya, ini Humaira’ nak kenalkan.inilah yang leeya cari-cari kan selama ini, inilah dia Usrah..” sambil menunjukkan ke arah sekumpulan akhawat(perempuan) yang duduk di meja ini.

“Usrah yang bermaksud keluarga, ukhuwah pula bermaksud jalinan, ikatan..Dalam Usrah ini, Kami bertemu dan berhimpun keranaNya..kami bersama2 untuk menegakkan agama Allah.. yang paling penting, kami semua.. mahu mencari Rahmat dan Keredhaan Allah..”

“Leeya, sebenarnya dah lama Humaira’ nak kenalkan Leeya dengan Usrah ini, dan Alhamdulillah. Akhirnya..Allah membuka ruang ini untuk kita bersama. Leeya,Humaira’ dan sayang2 humaira’ semua nak melamar ni! Dengar tau, sudikah leeya bersama-sama kami untuk Usrah ini?..” humaira’ dan ahli2 usrahnya serta Naqibahnya tersenyum melihatku.. terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka.

Tiba-tiba.. 1 perasaan yang indah menyelinap dalam hatiku dan terasa hangat pipi ku dengan linangan air mata..ya Allah.. indahnya perasaan ini ya Allah.. aku terkesima!..
tiba-tiba hatiku berdetik.. yeah, hidayah itu milik Allah !.. Alhamdulillah, akhirnya..kau buka kan jalan ini untuk aku ya Allah.. dan tanpa ragu-ragu lagi, akhirnya sebuah anggukan dariku menyerlahkan lagi kegembiraan dan lafaz syukur terhadapNya dari mereka, keluarga baru ku :)

“Handsome kan Usrah ni, leeya?..” usik Humaira’ kepadaku..

Aku hanya mampu tersenyum kecil..
“Handsome sangat Humaira’, kacak lagi !hehe terima kasih awaaakk!!” kami berpelukan sesama sendiri. Alhamdulillah. ♥

Inilah dia.. Usrah kegembiraanku !

***

Tik!
Kelihatan sehelai sampul surat jatuh dari kepilan kertas yang berada di dalam fail peribadinya membuatkan Aleeya tersedar dari lamunannya, dengan senyuman yang masih terukir di wajahnya.Lantas Aleeya terus mencapainya dan membukanya.

Buatmu insan yang ku sayang kerana Allah.

Duhai sahabat..
Ayuhla kita bangkit, Bangkit memperjuangkan jalan Dakwah ini..
Sahabat seDeen, Sahabat seperjuangan di atas jalan ini..
Aku mengajakmu bukan k
erana terpaksa jauh sekali ingin membebankanmu..
Tetapi kerana KasihNya..

Aku ingin kita berganding bahu merasai indahnya tarbiyyah di jalan Dakwah ini,
indahnya Usrah itu..

Aku ingin engkau merasai, kemanisan Iman dan Islam yang adanya dakwah di setiap perilakumu..

Diri ini bukan seorang yang hebat, bukan seorang yang ‘abid, dan bukan juga seorang yang alim…

Aku hanya insan kerdil di sisi All
ah..
Terlalu banyak kekurangan diri ini..

Lantaran kasihku padamu, aku ingin kita bersatu hati di jalan ini..
Jalan yang mencari Cinta, Rahmat dan Redha Ilahi..

Tatkala aku katakan padamu “ pahitnya Perjuangan itu”.. Kau hembuskanlah kembali semangat buatku, dan sahutlah “Syurga itu manis dan Janji Allah itu pasti.”..


“Ya Allah, engkau mengetahui hati-hati ini berkumpul untuk mencintaiMu, bertemu untuk taat kepadaMu, bersatu di atas dakwahMu, dan berikrar untuk menolong syariatMu.Maka kau eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar, penuhi hati-hati ini dengan sinarMu yang tak pernah padam, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu. Hidupkan mereka dengan kenal denganMu dan matikan mereka syahid di jalanMu, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran da
n sebaik-baik penolong. Ameen”

Kau sahabatku ,Kau kesayanganku..

Ibtisam Humaira’


Panas pipi Aleeya dengan air matanya.. Aleeya melipat kertas yang dibacanya dan dimasukkan kembali ke dalam sampul surat itu.. Ya, itulah surat yang diberikan Humaira’ untuk semua Keluarga Usrah ini ketika Aleeya dan Keluarga Usrahnya menghantar Humaira’ yang menyambung pelajarannya ke Jordan ke lapangan terbang Antarabangsa KLIA beberapa bulan yang lepas..

“.. Mahabbah fillah.. Ya, Manisnya ukhuwah ini yang terjalin keranaNya, terjalin di atas jalan yang mencari Rahmat dan RedhaNya.. Peliharalah ukhuwah antara kami dengan KasihMu ya Allah..ameen !” bisik hati Aleeya.

***



Inilah Si Dia..
si Dia = Usrah, Ibu/bapa = Naqib/Naqibah, Ahli Keluarga = Ahli Usrah.

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad 47 : 7)

Sunday, November 6, 2011

Sanah helwah n Hepy besday Mak n Mak Teh ! *twins*

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :D

kembar yang comel :D

entry kali ni simple je. ana nak ucapkan happy birthday untuk Mama Tipah (mak ana okay!) n Mama Deah yang ke. tett ! *dirahsiakan*. hihi. mereka ni twins okay!


"Semoga kalian sentiasa di dalam rahmat n redha Allah, sentiasa sabar dalam mengharungi ujian Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam beribadah kepadaNya. ameen. ♥ Hearts; Hearts;


*stay cunnn okay ! hihihi * :D


Rainbow cake


Cream puff



blueberry cheese tart. nyummy~








ana tertarik dengan sebaris ayat dari 1 website ni, urm semoga ianya berguna buat kita semua, insyaAllah, ♥ ♥ ♥

"Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah da amal soleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. "

Semoga kita sama2 dapat akhiri hidup kita dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik).

"Ya Allah, akhiri hidup kami dalam husnul khatimah(pengakhiran yang baik), jangan lah Engkau akhiri hidup kami dalam Suul Khatimah (pengakhiran yang buruk)".

***


♥ ♥ ♥ SAYANG MAMA TIPAH n MAMA DEAH SANGAT2 !!! ♥ ♥ ♥
(macam yang maksu suruh, hihi)

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah S.W.T :
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
(Surah al-Isra' 17:23)