Sunday, December 26, 2010

Sulaiman digoda wanita cantik

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah, akhirnya pencarian berhasil ! pencarian apa ye? haaaa. jengjengjeng :P sebenarnya saya dok mencari2 artikel yang saya suka simpan nak share kat blog ni. sharing is caring :) kan kan kan? katakan Ya ! hihi okay saya da mula merepek. cukup ! :D eh eh, jom la saya tak sabar da ni nak share pasal 1 artikel yang saya gunting dari paper yang da berwarna kuning ni. hikhik keluaran metro ahad april 2006, ruangan An-nur. sekarang 2010 nak masuk 2011 kan.. lama dah artikel ni, tapi kisah ni tetap segar dan menarik.. okay jommm kita sama2 hayati dan fahami serta jangan lupa ambil iktibar dari kisah pedoman ni :)


Sulaiman bin Yasir adalah lelaki gagah dan tampan. Satu hari, dia bersama seorang rakannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di satu tempat, mereka singgah untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman kemudian tinggal berseorangan apabila rakannya pergi membeli barangan. Dalam keadaan bersendirian, tiba2 muncul di depan Sulaiman seorang wanita cantik yang kemudian berkata "Beri saya !"

Sulaiman berganjak untuk mengambil makanan lalu di berinya kepada wanita itu. Namun, alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawapan wanita itu. "Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya." Mendengar kata2 itu, Sulaiman tersentak lalu berkata, "Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku."
Betapa gelisahnya hati Sulaiman sehingga dia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman.

Tidak lama kemudian rakan Sulaiman pulang. Ketika itu, mata Sulaiman yang sembab kerana menangis belum sempat terhapus. "Ada apakah gerangan, wahai Sulaiman?" tanyanya. "Aku teringat puteriku," kata Sulaiman cuba berbohong. "Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyika sesuatu," pujuk rakannya. Berikutan didesak, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru berlaku. Anehnya, rakannya yang mendengar cerita itu pula menangis teresak-esak. Sulaiman hairan dan tertanya2. "Mengapa engkau pula yang menangis?" tanya Sulaiman. "Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi," katanya.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dan tiba kota Makkah, bertawaf dan bersa'ie di Kaabah. Apabila letih, Sulaiman berbaring di satu ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu "Siapakah tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat." "Aku Nabi Yusuf As-Siddiq," jawab lelaki itu. "Sungguh engkau mengagumkan, wahai Nabi. Engkau menang melawan godaan isteri tuanmu," kata Sulaiman. "Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan juga !" jawab Yusuf dalam mimpi itu. Mimpi itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.

***
Apabila saya terbacakan kisah ni, saya pon terfikir gak.. adakah saya sekuat Sulaiman bin Yasir dalam menempuh ujian iman? adakah saya mampu melawan godaan yang mendatang? saya mula berfikir seandainya saya tak mampu melawannya.. Naudzubillahiminzalik.. seram bila d fikir2kan.. tetapi itulah, cabaran yang paling besar buat kita ... rasa nak nangis je bila teringatkan godaan tu semakin berleluasa di era ini, godaan yang pelbagai bentuk sangat mudah di dapati sangat mudah di cari, bak kata orang.. sekali click aje kat alam maya.. macam pisang goreng panas! laku~ Manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan dan sangat mudah terjerumus ke lembah maksiat jika tidak di didik, di kawal nafsu itu..
Saya juga insan yang lemah, yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan, yang memerlukan bimbingan agar iman tetap di hati ni..

Ya Allah.. Jauhilah kami dari bisikan2 syaitan yang di rejam, peliharalah pandangan kami, peliharalah iman kami, peliharalah agama kami.. Peliharalah kami dari melakukan perkara2 yang mampu melemahkan iman kami.. jauhilah kami dari melakukan perkara2 yang membawa kami kepada kemurkaanmu ya Allah.. tetapkan la hati kami agar terus berjuang di atas jalanMu ya Allah.. jalan menujuMu ya Allah.. jalan yang membawa kami kepada redhaMu ya Allah.. Sesungguhnya kami mendambakan keampunan dan kasih sayangMu ya Allah.... ameen..

Semoga dengan kisah ini, kita renung2kan dan ambil iktibar dari kisah Sulaiman bin Yasir ni, semoga kita semua kuat untuk melawan hawa nafsu dan bersama2 mencari redha Allah s.w.t..

Salam,
shimaMia

****
Firman Allah s.wt :
" Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggal(nya)."
( Surah An-Naazi'aat ayat : 40-41 )

No comments: