Tuesday, December 28, 2010

wajah hodoh tapi baik hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


hari ni punya cerita :) artikel menarik. silaa la baca. hihi

Pada satu masa, wilayah Khurasan pernah di tadbir Gabenor Yazid Muhallab. Dia kacak, memiliki jasmani menarik dan pintar dalam pentadbiran. Itu menyebabkan rakyat sangat menyukainya, terutama kehebatannya berpidato. Bagaimanapun, beliau tidak suka tinggal di khurasan, lalu dipindahkan ke tempat lain.
Sebagai ganti, kerajaan Pusat mengangkat Qutaibah Muslim menjadi Gabenor Khurasan. Jauh berbeza dengan Yazid, Qutaibah lelaki hodoh dan tidak menarik. Keadaan itu menyebabkan seorang penyair muda menggubah syair mengenai Gabenor Qutaibah yang bunyinya :

"Semasa Yazid mentadbir Khurasan,
semua wajah kelihatan ceria,
pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas,
tapi kini diganti oleh monyet di sekitarnya,
berwajah hodoh dan menakutkan. "

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru itu sangat marah dan memerintahkan penggubah syair itu ditangkap. Mendengarkan berita itu, penyair berkenaan segera melarikan diri dan tersembunyi. Akhirnya, dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad pergi berjumpa ibu Qutaibah. Dia meminta surat jaminan supaya tidak di apa2kan oleh Qutaibah. Setelah mendapat surat itu, penyair itu pergi ke istana gabenor dan menyerahkan kepada Qutaibah yang tidak berbuat apa2 apabila menerima surat daripada ibunya.

"Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?" tanya Qutaibah. "Dengan wajah yang ku gunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tetapi dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepadaNya. Dia tidak marah. Padahal, kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu."

Qutaibah ketawa dan suka mendengarkan alasan penyair itu, lalu dibebaskan tanpa hukuman.

***
waah, best kan? bukan senang kita nak tengok orang lain memaafkan orang lain dengan senang hati macam tu. besttnya ! saya nak jadi macam tu la. insyaAllah :) memang senang nak maafkan, tapi dalam hati mesti ada sikit teringat kesalahan yang di lakukan.. tapi apa kata kita hijrah ke arah yang lebih baik. saya teringat ustaz yang bagi ceramah kat tempat saya tu. selalu dia ingatkan kitorang.. ingat 2 perkara, lupa 2 perkara..

Ingat kebaikan orang pada kita, ingat kesalahan kita pada orang
lupa kebaikan kita pada orang, lupa kesalahan orang pada kita..

bestkan? okay la. selamat beramal~ :)
(hari ni nak kemas rumah, abang nak kahwin lagi bape hari je. hhihi)

Salam,
ShimaMia

***
Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.
" Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang. "

No comments: