Thursday, May 2, 2013

Awas, panahan syaitan !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


***

Hadirnya, hati terusik,
Namun akal waras melayarkan persoalan,
Perlukah semua ini? Tidak !
Namun, hadirnya indah pada sebuah erti perasaan,
Ia makin hampir cuba untuk membuka,
Kuncinya?
Adakah masanya sudah tiba?

Lagi..
Akal waras bertindak dalam samar,
Melayarkan persoalan yang sama,
Jiwa memberontak menghalangi hadirnya,
Namun.. degilnya keindahan ini,
Ya, ia sebuah keindahan tapi tidak meredupkan pandangan,
tidak lazat dalam hidangan perasaan,
Ah ! ia cuma keindahan yang cuba dipalit kotoran.

Cuba dan terus mencuba,
seperti tidak kenal erti putus asa,
Ah ! hampir sahaja kunci berbisa itu membuka gerbangnya.

Dalam kekalutan, pergolakan rasa,
Dia menyapa lembut dengan kasih sayangNya,
Terbentang luas teguran penuh bermakna.

Alhamdulillah.. 
 Panahan cinta Syaitan ! Kau kecundang lagi !
Kau kalah lagi !

Harapan seketul hati.. bantulah diri menjaga Hati.
Menjaga untuk yang memiliki kunci.
Kunci yang telah ditetapkan Ilahi.


***

Duhai hati
Uruslah dirimu dengan istighfar, zikrullah & selawat.
Masanya akan tiba dengan izinNya..

Pernah diri ini terpalit dengan keindahan dunia, Pernah hati ini dicalari dengan garisan nafsu dunia, Namun, aku sedar masanya telah tiba. Aku harus bangkit dari sebuah kelalaian.. menjadikan Dia sebagai keutamaan !

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia(syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana karunia Allah dan rahmatNya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(QS. 24:21)


Moga sentiasa dalam Redha Allah.

Monolog si Perindu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



***

Sendirian.
Jiwa merindui.
Ya, rindu hadir dalam jiwa si perindu.
 Air mata bergenang di tubir mata.
lalu diseka jari halus.

Senyum.
Namun keruh juga kelihatan si pemilik jari halus.
Menyatakan rasa yang sama.
walau tiada bicara ditutur.

Hadirnya indah walau rindu itu dirasakan misteri.
Namun jiwa si perindu dan pemilik jari halus.
berbahagia memiliki rindu.

Sungguh.
Walau tiada pernah bertemu.
Jarak masa bukan alasan untuk tidak menanam lalu menyemai rasa itu.
Rasa sebuah rindu.

Senyum masih terukir.
Sebak. menitis dengan perlahan si air mata.
Jiwa meluahkan rasa.
Syukur buat sang Pencipta & Pemilik hakiki sebuah Rindu.
kerana menghadirkan rasa ini..

Rindu padaMu yang Rabb..
Rindu pada KekasihMu.. Rasulullah S.A.W

***
Wassalam,
ShimaMia

Moga sentiasa dalam Redha Allah.



Sunday, April 28, 2013

JOM menjadi generasi alQuran !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua :)

Mari menjadi mukmin yang lidahnya basah dengan Zikrullah, yang dalam Hatinya punya Quran ♥ ~
       

------------------------
Firman Allah s.w.t :
"Kitab (alQuran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (QS. 2:2)

Firman Allah s.w.t :
"Dan apabila dibacakan alQuran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat."
(QS. 7:204)

Firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya orang-orang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"
(QS. 8:2)

Firman Allah s.w.t :
"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim"
(QS. 29:49)

Dari `Uthman bin `Affan r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR al-Bukhari)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Bacalah alQuran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal alQuran, Sesungguhnya alQuran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira."
(Riwayat al-Darimi)

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca alQuran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikan hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai'e)

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

----
Wassalam
ShimaMia