Friday, November 11, 2011

Usrah kegembiraanku ! *edisi menarik*

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



okay entry kali ni, Alhamdulillah.. akhirnya 1 cerpen yang ana nak wat untuk cuti ni da siap. ana nak share cerpen, xtahu la nak cakap ni cerpen ke apa tapi lebih kurang la. hehe. selamat membaca! :)

***

Usrah kegembiraanku !

Perjuangan itu.. gerun dan mengerikan. Hebat dan dasyat menggerunkan hati..bagi mukmin, disini harga dan nilainya.. bagi mukmin disini harga dan nilainya…” kedengaran lagu Perjuangan nyanyian kumpulan Saff-one dari laptop Aleeya yang bergema di biliknya..

Apabila terdengarkan lagu itu pasti hatinya terusik..terasa bersemangat !

“Ya Allah. Rindunya..rindunya dengan dia.. rindu sangat-sangat, indahnya perasaan ini Ya Allah.” Bisik hati Aleeya.

“Aku dan dia akan pastikan yang kami akan berjumpa sekali seminggu..kalau rindu dan ada masalah2 yang tidak dapat kami berjumpa pun, kami akan text sesama sendiri.hehe” Leeya tersenyum sendirian tatkala teringatkan si dia.

Fikiran Aleeya terus melayang teringatkan sesuatu..

***
Sejak mengenalinya..
aku dapat merasakan perubahan ketara dalam diri aku. Perubahan yang membawa kebaikan ke atas diriku..paling membahagiakan, mama dengan abah merestui hubungan kami, malah mama dengan abah juga la yang memberi kata2 semangat untuk aku terus ‘keep in touch’ dengan dia dan ahli keluarganya yang juga telah ku anggap sebagai ahli keluargaku juga !

Aku dapat melihat air mata mama dan abah yang mengalir saat aku mencium tangan dan kedua pipi mereka setiap kali aku pergi ke program2 bersama2 dia dan sahabat2 kami. Aku terlalu sayangkan dia. Lagi sekali aku nak cakap ni.. Aku sayangkan dia okay !heee~ :D

Mengenalinya sesuatu kenangan yang manis dan ‘romantik’ untuk aku !

Mengenalinya..
aku mula mengenal cintaNya.. Cinta kepada yang Esa..aku mula memperingatkan diriku untuk berusaha untuk mencari dan terus mencari Redha dan Rahmat Allah..

Mengenalinya juga..
Hati aku menjadi tenang dalam setiap tindak-tanduk ku, kerana dia mengajar aku untuk melakukan sesuatu perkara kerana Allah..

Mengenalinya juga …
Aku mula menghargai ikatan kekeluargaan aku dan dia..aku mula menghargai ikatan persaudaraan dan persahabatan.. yang paling penting.. aku mula menjaga Hubungan ku dengan Allah dan hubungan ku dengan manusia..

Mengenalinya juga...
aku semakin mengerti makna dakwah..aku dapat merasai kemanisan Iman dan Islam itu di dalam dakwah ini.

Mengenalinya juga…
aku diperkenalkan dengan kisah tokoh-tokoh yang memperjuangkan dakwah! Seperti Assyahid Imam Hassan alBanna, Yusuf alQardhawi, dan ramai lagi.

Mengenalinya juga..
Setiap kali bersamanya, aku sering di dedahkan dengan isu2 semasa dan agama dan kami berbincang mengenainya berpandukan alQuran, Sunnah dan pandangan ulama' dengan diketuai ibu dan bapanya sebagai guru yang mendidik kami.

Kami juga sering membincangkan hal2 mengenai study, jika aku tak berapa faham mengenai apa yang aku belajar, ibu dan bapanya serta ahli keluarganya akan sedaya upaya untuk membantu aku dalam sesuatu subject itu dengan mencari informasi mengenainya...sweetkan?? (^_^)

Mengenalinya..
Sesuatu yang istimewa..nak tahu kenapa?? Ibu bapa dan ahli keluarganya akan menghantar message kata2 semangat yang berlandaskan syariatNya kepada ku dan sesama mereka setiap kali aku nak menghadapi ujian atau peperiksaan..

Bukan tu je, kami sama2 akan memperingatkan antara 1 sama lain untuk terus istiqamah berada di atas jalan Allah ini.

Mengenalinya juga..
aku mula jatuh cinta dengan majlis2 ilmu dan menjadi volunteer untuk sesuatu program.. aku akan berasa sedih jika tidak dapat menghadirkan diri ke majlis2 ilmu yang di naungi dengan sayap-sayap para malaikat..

Jika ada waktu kelapangan aku dan keluarganya akan Rehlah bersama2..mengadakan makan2 bersama2, pergi ‘shopping’ bersama2. ♥ hihi, seronok tau !! :D

Mengenalinya juga..
Alhamdulillah, aku berusaha untuk menjaga auratku, penampilanku, pergaulanku, dan tingkahku..
Yeah..insyaAllah.

Bagaimana aku mengenalinya?...

Hehehe..bila teringat kembali saat pertama kali mengenalinya.. aku tersenyum !aku tak kenal pun dia ! okay kisahnya macam ni..

Namanya menarik hati aku, bukan apa..pergi mana2 mesti orang akan bercerita mengenainya.. rimasnya! Siapa dia tu?? Hemsem sangat ke dia tu?..aduh! Lupakan jela, kau bukannya kenal dia. Aku mengomel sendirian..tetapi jauh dilubuk hati, dapat merasakan aura si dia.. yela, pergi library ke, pergi jogging ke, teman roommate aku pergi ceramah ke, mesti akan ada orang yang akan bersembang tentang dia.. Siapaaa dia tu !!peninggnya..penangan dia tu terlalu kuat sampai kan nak makan pun aku teringatkan dia..

fuhh! 1 hari tu kuasa Allah, Alhamdulillah misi aku untuk mengetahui dan mengenalinya dengan lebih lanjut apabila Allah membuka laluan untuk aku mengenalinya melalui roommate ku Humaira’ sendiri !Aku terdengar perbualan telefon Humaira’, dan tidak semena-mena telinga ku menangkap perkataan dan sebutan yang telah sebati di benakku untuk tempoh ini. Selesai dia berbual, aku pun terus bertanya mengenai si dia yang semakin mendapat tempat di hatiku !Hemsem kah?

Humaira’ hanya tersenyum dan berjanji untuk mempertemukan aku dengan dia ! Baru ku tahu yang sebenarnya Humaira’ sering berjumpa dengannya setiap minggu.

Pertemuan pertama kami….
DupdapDupdap! Jantung aku berdegup laju, tachycardia ! hanya Allah je yang tahu perasaan ku di saat itu. Tengah berdebar-debar memikirkan mengenai dia.
Humaira’ segera menarik tangan aku membawa aku ke 1 meja yang di duduki 5 orang yang kelihatan sangat menjaga auratnya..dan kesemuanya akhawat(perempuan) yang memberikan senyuman yang manis kepada ku..
ya Allah, Tenangnya melihat mereka !

Aku kebingungan..aku segera bertanya Humaira’ mengenai si dia itu ! … dan dengan tenang, Humaira’ memperkenalkan si dia..

“Aleeya, ini Humaira’ nak kenalkan.inilah yang leeya cari-cari kan selama ini, inilah dia Usrah..” sambil menunjukkan ke arah sekumpulan akhawat(perempuan) yang duduk di meja ini.

“Usrah yang bermaksud keluarga, ukhuwah pula bermaksud jalinan, ikatan..Dalam Usrah ini, Kami bertemu dan berhimpun keranaNya..kami bersama2 untuk menegakkan agama Allah.. yang paling penting, kami semua.. mahu mencari Rahmat dan Keredhaan Allah..”

“Leeya, sebenarnya dah lama Humaira’ nak kenalkan Leeya dengan Usrah ini, dan Alhamdulillah. Akhirnya..Allah membuka ruang ini untuk kita bersama. Leeya,Humaira’ dan sayang2 humaira’ semua nak melamar ni! Dengar tau, sudikah leeya bersama-sama kami untuk Usrah ini?..” humaira’ dan ahli2 usrahnya serta Naqibahnya tersenyum melihatku.. terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka.

Tiba-tiba.. 1 perasaan yang indah menyelinap dalam hatiku dan terasa hangat pipi ku dengan linangan air mata..ya Allah.. indahnya perasaan ini ya Allah.. aku terkesima!..
tiba-tiba hatiku berdetik.. yeah, hidayah itu milik Allah !.. Alhamdulillah, akhirnya..kau buka kan jalan ini untuk aku ya Allah.. dan tanpa ragu-ragu lagi, akhirnya sebuah anggukan dariku menyerlahkan lagi kegembiraan dan lafaz syukur terhadapNya dari mereka, keluarga baru ku :)

“Handsome kan Usrah ni, leeya?..” usik Humaira’ kepadaku..

Aku hanya mampu tersenyum kecil..
“Handsome sangat Humaira’, kacak lagi !hehe terima kasih awaaakk!!” kami berpelukan sesama sendiri. Alhamdulillah. ♥

Inilah dia.. Usrah kegembiraanku !

***

Tik!
Kelihatan sehelai sampul surat jatuh dari kepilan kertas yang berada di dalam fail peribadinya membuatkan Aleeya tersedar dari lamunannya, dengan senyuman yang masih terukir di wajahnya.Lantas Aleeya terus mencapainya dan membukanya.

Buatmu insan yang ku sayang kerana Allah.

Duhai sahabat..
Ayuhla kita bangkit, Bangkit memperjuangkan jalan Dakwah ini..
Sahabat seDeen, Sahabat seperjuangan di atas jalan ini..
Aku mengajakmu bukan k
erana terpaksa jauh sekali ingin membebankanmu..
Tetapi kerana KasihNya..

Aku ingin kita berganding bahu merasai indahnya tarbiyyah di jalan Dakwah ini,
indahnya Usrah itu..

Aku ingin engkau merasai, kemanisan Iman dan Islam yang adanya dakwah di setiap perilakumu..

Diri ini bukan seorang yang hebat, bukan seorang yang ‘abid, dan bukan juga seorang yang alim…

Aku hanya insan kerdil di sisi All
ah..
Terlalu banyak kekurangan diri ini..

Lantaran kasihku padamu, aku ingin kita bersatu hati di jalan ini..
Jalan yang mencari Cinta, Rahmat dan Redha Ilahi..

Tatkala aku katakan padamu “ pahitnya Perjuangan itu”.. Kau hembuskanlah kembali semangat buatku, dan sahutlah “Syurga itu manis dan Janji Allah itu pasti.”..


“Ya Allah, engkau mengetahui hati-hati ini berkumpul untuk mencintaiMu, bertemu untuk taat kepadaMu, bersatu di atas dakwahMu, dan berikrar untuk menolong syariatMu.Maka kau eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar, penuhi hati-hati ini dengan sinarMu yang tak pernah padam, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu. Hidupkan mereka dengan kenal denganMu dan matikan mereka syahid di jalanMu, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran da
n sebaik-baik penolong. Ameen”

Kau sahabatku ,Kau kesayanganku..

Ibtisam Humaira’


Panas pipi Aleeya dengan air matanya.. Aleeya melipat kertas yang dibacanya dan dimasukkan kembali ke dalam sampul surat itu.. Ya, itulah surat yang diberikan Humaira’ untuk semua Keluarga Usrah ini ketika Aleeya dan Keluarga Usrahnya menghantar Humaira’ yang menyambung pelajarannya ke Jordan ke lapangan terbang Antarabangsa KLIA beberapa bulan yang lepas..

“.. Mahabbah fillah.. Ya, Manisnya ukhuwah ini yang terjalin keranaNya, terjalin di atas jalan yang mencari Rahmat dan RedhaNya.. Peliharalah ukhuwah antara kami dengan KasihMu ya Allah..ameen !” bisik hati Aleeya.

***



Inilah Si Dia..
si Dia = Usrah, Ibu/bapa = Naqib/Naqibah, Ahli Keluarga = Ahli Usrah.

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad 47 : 7)

Sunday, November 6, 2011

Sanah helwah n Hepy besday Mak n Mak Teh ! *twins*

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :D

kembar yang comel :D

entry kali ni simple je. ana nak ucapkan happy birthday untuk Mama Tipah (mak ana okay!) n Mama Deah yang ke. tett ! *dirahsiakan*. hihi. mereka ni twins okay!


"Semoga kalian sentiasa di dalam rahmat n redha Allah, sentiasa sabar dalam mengharungi ujian Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam beribadah kepadaNya. ameen. ♥ Hearts; Hearts;


*stay cunnn okay ! hihihi * :D


Rainbow cake


Cream puff



blueberry cheese tart. nyummy~








ana tertarik dengan sebaris ayat dari 1 website ni, urm semoga ianya berguna buat kita semua, insyaAllah, ♥ ♥ ♥

"Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah da amal soleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. "

Semoga kita sama2 dapat akhiri hidup kita dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik).

"Ya Allah, akhiri hidup kami dalam husnul khatimah(pengakhiran yang baik), jangan lah Engkau akhiri hidup kami dalam Suul Khatimah (pengakhiran yang buruk)".

***


♥ ♥ ♥ SAYANG MAMA TIPAH n MAMA DEAH SANGAT2 !!! ♥ ♥ ♥
(macam yang maksu suruh, hihi)

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah S.W.T :
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
(Surah al-Isra' 17:23)

Thursday, November 3, 2011

Atas nama dakwah, kita bersatu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :D





sekarang ni, ana tengah cuti semester. Alhamdulillah. terisi jugak la waktu cuti ni. hehe. okay la. ana nak share 1 artikel yang amat bermakna buat semua la lagi2 ikhwah & akhawat d luar sana..

Artikel dari iluvislam.com

jom la bacaa!! ♥ ♥ ♥

***
Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar. Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.


Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.


Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.


Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.


Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza.


Maka penjagaannya begitu juga. Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.


Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.


Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.


Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri.
Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita. Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.


Melamar secara direct


Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.


Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut. Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.


Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.


Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.


Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.


Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.


Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.


Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'


Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.


Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.


Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.


Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.


Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.


Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.


Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.


Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.


Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.


Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.


Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.


***

cuti2 ni ana tengah berjinak2 kembali nak wat cerpen islamic. insyaAllah..
in progress.. hee~ Doakan yea (^_^) ♥
Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
"Maha Suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
(surah Yasin 36 : 36)

Wednesday, October 19, 2011

hakikat-Durani


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :D


entry kali ni? hakikat-Durani? yeah itu tajuk lagu. ana nak share 1 lagu yang memang favourite ana dari dulu. (aicewah). ana suka sangat2 lagu ni.. suka sangat2. sangat2 suka ! liriknya, ya Allah... indah! lirik yang sangat menyentuh qalbu. jomjom kita hayati liriknya , semoga kita ambil kebaikan darinya & kita dapat muhasabah bersama, insyaAllah. ♥

lirik Hakikat by Durani

Pabila terasa diawasi Tuhan,
Rasa berdosa setiap masa..
Rasa hina diri dengan Tuhan..
Rasa syukur dengan nikmatNya..

Jiwa derita dengan dosa..
Hati rasa.. kurang amal padaNya..
Itulah hakikat sifat kehambaan..
Bahagiaa....

Allah ya Allah..

Mukmin sejati sentiasa waspada..
Dari dosa tanpa sengaja...
Apatah lagi dosa yang nyata..
Umpama gunung jatuh padanya...

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa..
Hati rasa kurang amal padaNya..
Itulah hakikat sifat kehambaan,
Bahagia...

ini ada link lagu Hakikat ni. click saje ! :D


1 lagi video acapella Hakikat ana 'culik' dari youtube. sebab harmoninya, masyaAllah.


***

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
"Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah az-Zumar 39 : 53)

Sunday, September 4, 2011

Apabila ke'busy'an melanda.. Eid mubarak+final exam

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua.. :D


lokasi : sungai depan rumah tok saya ♥

*lama tak update teratak da berhabuk ni*
busy.busy.busy.
.Practical (hosp.Kajang) sebulan Ramadhan.
*rindunya nak practical lagi kat kajang*
its really awesome! hehe
beraya di kedah (uma tok) sminggu ♥
.test, next week.
.final exam is just around the corner.
after final, i have a practical again for 2 weeks.

.semoga saya tak lalai dengan urusan dunia. Doakan saya dan rakan2 ye. ameen.




untuk sahabat2 semua yang bakal amek exam ♥
study.study.study
: belajar kerana Allah S.W.T n untuk masa depan bukan kerana nak exam :)
insyaAllah..







~Bittaufiq wannajah fil imtihan~
~Rabbuna yusahhil~
~Rabbi yassir walaa tu'assir wa tammim bil khair ~
ameen.

***


p/s : Eid mubarak, semoga Allah menerima amalan2 saya & anda sepanjang bulan Ramadhan.
merindui Ramadhan ;'(..

duit raya saya jangan lupa. ^_^

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik."

(Surah al-Hasyr 59 : 18-19)

Sunday, July 17, 2011

cerita sedikit :D

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


SubhanAllah, ♥ sawah *ambil dari blog orang lain.*

Alhamdulillah.. setelah sekian berbulan la jugak tak update blog ni. rindu la pulak en nak update :). plus kawan2 yang rindu (aicehh, sangat prasan). hihi yeah berhaaabbukk ye teratak ni. jomm kitaaa bersihkan!



hasil :D

actually, da seminggu la jugak tak balik rumah.. sebab test, meeting project, assigment.. (cewah.. semoga sy tak lalai dengan urusan dunia, doakan saya ye sahabat2) bila cerita kat kawan2 yang saya tak balik seminggu. semua geram. haha. sebab baru seminggu tak balik uma da macam setahun tak balik bisingnya saya, ya Allah.. punyalah tak bole duduk diam.. hahaha sebab mereka semua duduk jauh2.. sek2 klate, ganu, johor, pahang, melaka, kedah, perlis dan sebagainya laa.. maaf ya sahabat2 sekalian. hihi~ okay jadi saya yang jarak rumah cuma 45 min (if i'm not mistaken) ni pon mula la memahami prasaan mereka yang tak balik 2 bulan. woahh seksanyaa. yeah saya memang homesick. hihihi ♥ ♥ ♥ nak buat macam mana, saya da terbiasa balik uma every weekend.. hari jumaat after solat jumaat.. bus stop tu da macam 'lepaking' saya la menunggu bus untuk pergi shah alam tunggu mak ngan abah ambil :P.



pondok di tengah sawah ♥

yeahh memang rindduu tu da tak boleh nak kawal lagi. sekarang saya da memahami perasaan mereka yang duduk jauh.. Thank you Allah ♥
nak dijadikan cerita lagi. Alhamdulillah.. project kami yang merupakan assigment yang kira terbesar la dalam sem ni semalam  kat Sekinchan, Kuala Selangor.... wat cam ala2 community (bagi HE = Health Education kat penduduk kampung) telah berlangsung dengan jayanya. sangat seronok nya. ukhuwah y kuat! Thanks Allah ♥.. *nyaman dgn sawah2nya *y d bakar balik* tak sabar nak tengok sawah tu tumbuh.. cucuk :D



* ♥ cekpa (pipot), shimaMia, Fatih, kinah ♥
-inilah kami di tapak sawah yang dibakar balik.
untuk sawah yang baru ♥-

***
okaylah, nanti ada kelapangan saya cerita lagi yeah :D ♥

*blogwalking+blogwalking.. gambar2 sawah semua ni saya ambil dari blog orang lain kecuali akhir tu. hihi, credits untuk mereka*
hihi

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah S.W.T :

"... maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya."
(Surah az-Zalzalah 99 : 7-8)

Saturday, June 4, 2011

semester yang baru :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)




entry kali ni, jengjeng..
Alhamdulillah.. tuptuptup da masuk semester y baru. lagi2 dengan kehadiran bulan rejab ni.. insyaAllah semoga kita beroleh rahmat dari Allah.. Alhamdulillah, syukur.. cik anatomy n osce da berjaya d tawan untuk sem 2 n sume Alhamdulillah, lulus. :) la ni da masuk sem 3.. umur pon da 18+, bulan 10 ni 19 la.. wahhh :) hihi semoga saya semakin matang la ea.. semoga semakin mengetahui target utama tuk hidup, n semoga terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.. ♥ ♥ ♥


tangga "terbaek", inilah keistimewaan uitm, puncak alam! :P

tapi kan, walaupon da tak dapat nak pegang buku anatomy, tapi tuk sem 3 n setrusnya.. anatomy nya chapter d pecahkan2.. so memang xlari dari cik anatomy punya laa. kembali bercinta! yeaah! hihi. okaayy! nak bagitahu.. Alhamdulillah. sem 3 ni da dapat junior baru.. yahoo. adik2 fsk ngn asasi, maakk aihh. ramai betul. percaya o tak? setiap pagi isnin-jumaat, kitorang berebut turun tangga 'terbaek' kat palam tu. woaah!! tapi kalo naek, rasa macam mimpi la kan nak berebut.. heeheee~ :P adik2, cayo! naik tangga!! yeah. (walaupun saya pon pancit gak naik tangga tu) ..

***
okaayy la abes da untuk entry kali ni..
macam xpuas je kan? hihi
semoga kita kuat n tabah dalam menuntut ilmuu :) <3

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah S.W.T :
"Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
(alBaqarah :269)

Friday, May 27, 2011

what is left for Allah?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



entry kali ni pasal pic y d ambil hasil dari blogwalking :)
mari kita fahami maksud gambar kat bawah ni..
sangat mendalam maknanya..







poem yang ni saya ambil dari 1 video kt u tube..

Let the love of Allah Remain in the heart

Why did u keep your burden inside you, when you have Allah to tell it to?
Why did u fear everyone might hate you, when you have Him to fill it with eternal bliss?
Why did you choose to settle in turbulence when there's His pure love that speaks of peace?

Open your heart,
Let Allah wash away the hurt,
Embrace the greatest love..
He, alone could give you.

Pray to Allah for He listens to all prayers,
Believe in Him alone and not the deceiving others,
Do what he says for He is your mentor,
Love Him truly and not the impostor.

When you are in a battle unarmed, Let His Love ♥ be your sword..

When you feel cold, Let His Love ♥ warm you..

When you stumble and fall, Let His Love ♥ catch you..

When you have no more food to eat, Let His Love ♥ fill your tummy..

When you can no longer breathe, Let his Love ♥ be your air..

When you have no more to drink, Let His Love ♥ be your water.

When you are lost in the rain, Let Allah's Love ♥ be your shade..

When you are lost in the dark, Let His Love ♥ be your light..

When you can no longer see, Let His Love ♥ be your sight..

When you are bruised in a fight, let Allah's love ♥ stop your bleedings..

When you are wronged in an argument, Let His Love ♥ unleash what's true..

When no one understands you, Let Allah's Love ♥ be searched..

When no one listens to you, Let His love ♥ be heard..

When no one believes in you, Let His Love ♥ be seen..

When no one trusts you, Let His Love ♥ be serene..

When you believes in you, Let Allah's Love ♥ be your confidence..

When you doubt nobody protects you, Let His Love ♥ heed..

When someone fools you, Let Allah Love ♥ make you wiser..

When someone belittles you, Let His Love ♥ make you greater..

When someone abandons you, Let His Love ♥ show you what to do..

When you are a weak, Let Allah's Love ♥ be your strength..

When you can no longer smile, Let His Love ♥ make you greater..

When you are lost, Let His Love ♥ be your way..

When you can no longer speak, Let His Love ♥ tell you what to say..

When you are afraid, Let Allah's Love ♥ be your protection..

When you are confused, Let His Love ♥ be your liberation..

When you are hurting, Let His Love ♥ be your therapy..

When you feel like giving up, Let Allah's Love ♥ push you..

When you feel like tired and fed up, Let His Love ♥ purpose pursue..

When you reach the pinnacle of your journey,
The angels of heavens will welcome you finally..

So GO ON, walk on to the road leading to his heavens' grandeur..
DON'T go a day without His Love,
You will never falter,
DON'T let the devil deceive your heart, Allah shall conquer it forever..

Hold on and believe in Allah's Love ♥,
Thats the best you can have, please never weep again..
and in your heart... Let His Love ♥ remain..

by,
Sister in Islam ( Sister Jalylah Mala)

♥ ♥ ♥

***

semoga sama2 kita ambil iktibar n muhasabah diri kita balik..
jazakallahu khairan kathira.. ♥

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah s.w.t :
" Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahwa Allah sangat berat azabNya (niscaya mereka menyesal)"
(Surah alBaqarah 2 : 165)

Friday, May 6, 2011

Surat seorang ibu dan surat dari anak mak yang tak nakal lagi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



entry kali ni saya amek dari youtube.
mengenai surat seorang ibu..

Surat seorang ibu
Untuk anak2 yang mak sangat rindukan,
masa berlalu sangat cepat sekali,

mak teringat sangat karenah adik,

suka sangat main doktor2,
sampai corong air emak pon dia buat main doktor2..


adik minat sangat nak jadi doktor,

tapi selalunya mak lah yang jadi doktor adik..

doktor yang ada bila2 masa yang diperlukan..


kadangkala mak bertanya,

adakah nanti anak2 boleh lakukan perkara yang sama kepada mak,
mak minta maaf
sekiranya mak terlalu mendesak adik dan along untuk belajar bersungguh2,

adik rajin. along pula.. selalu merungut..


1 hari tu, along merungut lukisan along tak cantik,

dan mak cuba tolong along,
walaupon along cakap lukisan along tak cantik,
pada mak itulah lukisan yang paling cantik yang pernah mak lihat,

along nak jadi fotografer,
along kata..
nak ambil gambar kita keluarga selalu..


sekarang along dah jadi fotografer yang berjaya,

tapi.. kita masih belum ambil gambar sekeluarga,
sementara itu lukisan along tu mak ga
ntung dalam bilik mak,
itulah satu-satu nya gambar keluarga kita yang mak ada..


masa berlalu sangat cepat,
along dan adik dah pun berjaya,
cuma kadangkala bukan mak tahu adik dan along sibuk..

cuma mak ni sunyi sangat...


orang ada cakap mak gila,
tunggu anak2 setiap hari,
kerana pada mak itulah hiburan mak..

selalu juga mak mendail separuh jalan,

takut sangat mengganggu adik dan along,

mak tahu anak2 mak sibuk..


tapi.. 1 hari tu..

mak memang terdesak,

sakit mak semakin teruk..
jadi mak telefon anak2..

tapi seperti biasa, semuanya sibuk..


bila mana mak rasa penghujung sudah tiba,
mak cuba nak
cakap,
mak rindu sangat dengan adik dengan along..

jika berdosa mak membesarkan kamu berdua, mak pohon adik dan along..
ampunkanlah mak...



surat dari anakmu yang tak nakal lagi..



***


ingatlah kasih ibu membawa ke syurga..

wassalam,
ShimaMia

***
Diriwayatkan dari Abu hurairah r.a katanya :

Telah datang seorang laki2 kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya :
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Ibumu."
Orang itu bertanya lagi : "Kemudian siapa?"
Rasulullah s.a.w bersabda : " Kemudian Ibumu."
Orang itu terus bertanya : "Kemudian siapa?"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Kemudian ibumu."
Orang itu terus bertanya : "Kemudian siapa?"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Kemudian Ayahmu."
(HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad)


Wednesday, May 4, 2011

final exam n osce done ! ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Alhamdulillah, akhirnya debaran y menyesakkan nafas dan menyerabutkan otak serta setiap kegelabahan da reda akibat final exam n osce. hihi (aicehhh ayat buku).. hihi.. akhirnya penantiaannku berakhir, thanx Allah ! ^^

final exam? no komen.. osce? double triple no komen!~ T_T.. ya, memang susah.. hanya itu y mampu saya ucapkan sekarang.. memang takde bnde y senangkan kat dunia ni, kita semua perlu istiqomah dalam usaha yang gigih beserta doa.. takpa2, ingat Allah tahu apa yang terbaek untuk kita.. so shima n kawan2, ciayooo!! ^^

bookfair pon best, Alhamdulillah.. akhirnya dapat beli apa yang di idam2kan selama ni.. thanx Allah ! ♥ ♥ ♥ , dapat jumpa sahabat2 di sana, thanx maryam + siti + kak echot + kak eemah + terjumpa kawan2 kat sana.. Alhamdulillah.. semoga ukhuwah tu terjaga :)

18/5 start practical untuk sem 2 ni, dapat kat hospital selayang. hope saya dapat la perform terbaek tuk patients.. ameen ^^.. dupdapdupdappp.. ♥
n buat kawan2 yang dapat hospital selayang, kajang, klang, n ampang.. smoga kita kuat n tabah dalam mengorbankan cuti sem kita untuk berbakti n mengharumkan nama uitm puncak alam.. yeaahh ! bittaufiq wannajah+all d best+ciayo+selamat maju jaya ! (gumbiranya la budak ni.. heeehee)

buat semua visitors teratak usang ni ( konon2 ramai yang melawat, walaupon tak~.. :P).. insyaAllah nanti kalau saya ada masa, saya masukkan lagi cerita2 yang saya dapat dari blogwalking ke apa ke ya? insyaAllah.. ilmu Allah tu luas sangat2.. (^^,)

***

da macam sesi berjumpa peminat la pulak (perasaannya), takpe2 bukan selalu kan? hihi..
doakan yang terbaek buat saya n kawan2 y disayangi..
may Allah bless of us.. ameen.

wassalam,
ShimaMia

***

Rasulullah bersabda :

" Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari & Muslim).


Monday, April 18, 2011

La tahzan + JANGAN bersedih + DON'T be sad

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)..



entry kali ni, mengenai sesuatu yang x asing dari hidup kita.. iaitu kesedihan.. semua orang pasti mengalami perasaan itu.. Jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada untuk kita..

***



Kadangkala Allah hilangkan mentari,
Kemudian Dia datangkan guruh..
Puas kita menangis, mencari mana mentari kita..
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

ayat yang di petik dr I ♥ Islam..

"Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu...

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah .."



kenapa aku diuji?

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman" ; sedang mereka tak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya ! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian sedemikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(alAnkabut : 2-3 )

kenapa aku diuji dengan ujian seberat ini?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... "
(alBaqarah : 286)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?

" .... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(alBaqarah : 216)

kecewa?

" Dan Janganlah kamu merasa lemah ( dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita ( terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang (sungguh-sungguh) beriman"
(alImran : 139)

macam mana aku nak hadapi semua ni?

" (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(arRa'd : 28)

" Wahai orang-orang yang beriman ! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
(alImran : 200)

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(alBaqarah : 45)

apa yang aku dpt dari semua ni??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah ...."
(atTaubah : 111)

kepada siapa aku berharap?

"... cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepadaNya aku beserah diri, dan Dia-lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
(AtTaubah : 129)

aku dah berputus asa?

" .... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 87)

mereka yang baru lepas putus cintancintun?



ingatlah tiada yang lebih indah dari mendapat Cinta dan redhaNya..
ya Allah tanamkanlah dalam hati-hati kami cinta kepadaMu melebihi segala2nya... ameen..

***
okay.. wahai sahabat2, Ujian itu tarbiyyah, Hadapilah dengan kesabaran dan keimanan.. Kerana x semua orang dapat merasai kesedihan kita, bersyukurlah kerana kita di tarbiyyah dengan ujian dari Allah.. sesungguhnya ujian Allah tu sangatlah manis..
Allah xkan menguji sesuatu tanpa bersebab..
apabila kita mengetahui hikmah kebaikan sesuatu ujian itu, pasti kita akan menangis kegembiraan kerana jelas terpancar dan mengalirnya kasih Allah itu untuk hamba2Nya..

Bukti Cinta Allah terhadap kita..
" Kitab (alQuran) ini tidak ada keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertakwa."
(alBaqarah : 2)

dan INGAT lah..

Allah sentiasa ada dengan kita saat suka dan duka..
dan tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa kecuali..
Air mata taubat serta air mata yang merindui Allah dan kekasihNya...

Ya Allah, kuatkanlah akar hati kami dalam menuju redhaMu walau diuji hebat
ameen..

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah s.w.t :
"Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?, dan kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan kami tinggikan sebutan(nama)mu bagimu, maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan), tetapkanlah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
(Asy-Syarh : 1-8)

Friday, April 15, 2011

Mujahid itu..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



blog walking skali lagi ♥ ♥ ♥
semoga dengan perkongsian ilmu ini kita sama2 dapat muhasabah diri kita balik, insyaAllah ^^

***
Mujahid itu..
Dalam hatinya adalah taman syurga dengan segala keindahan ibadah..
Dalam hatinya mabuk dengan cinta terhadap Tuhannya..
Dalam hatinya cuma ada Dia..
Dalam tujuannya cuma untuk mendamba redha Kekasihnya..
Dalam matlamatnya merindukan berjumpa wajah si Dia..

Mujahid itu..
Dia bernafas dengan setiap kata pujian pada Kekasihnya..
Dalam bertutur dengan butir permata syukur pada Kekasihnya..
Dia cuma melihat redha Tuhannya dalam setiap langkah yang ditapak..

Mujahid itu..
Dalam setiap deraian air mata yang menitis adalah kerinduan..
adalah keampunan..
Terlebur dalam setiap dosa noda gelap hitam..
yang dahulu dia tenggelam dalamnya..
Dalam setiap rintih tangis adalah pengharapan,
adalah kerinduan dan adalah keinginan..
merindukan dan mengharap cinta Dia...

Mujahid itu..
Keindahan lain di dunia hanyalah perhiasan..
Ya, dia manusia yang suka keindahan..
Tetapi.. dia cuma mendambakan keindahan teragung..
Bertemu wajah Kekasihnya dalam bentuk Nya sebenar..

Mujahid itu..
DIalah pemegang panji tuhan...
Dialah penyebar sinar suci..
Dialah di hatinya punya Quran, di tangannya kekuatan, di wajahnya keberanian..
Dan dialah pejuang sejati segagah rimba di siang hari..
Hatinya cuma ada Tuhannya..
Hatinya cuma rindu Tuhannya..

Mujahid itu..
Setiap langkah yang ditapak..
Setiap nafas yang dihembus..
Setiap detik yang dijejak..
Hatinya cuma 1..
mengharap bertemu kekasihnya dalam pertemuan teragung
dalam perpisahan teragung jasad dan tubuh..

Ya, hatinya cuma mahu kesyahidan !!!
kerna mujahid itu mahu mempersembahkan hadiah terbaik dari dirinya kepada Kekasihnya..
Nyawa, jiwa, hati dan setiap inci jasad..
adalah untuk kekasih Sang Mujahid...

Sumber : www.cetusanminda.wordpress.com

***
buat para mujaheed + mujaheedah ! semoga kuat dalam menegakkan Deen Allah !
ameen.. ♥ ♥ ♥

Wassalam,
ShimaMia

***
Firman Allah s.w.t :

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman"
(Surah adz-Dzaariyaat : 55)

Sunday, April 10, 2011

warkah buat bakal suamiku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah, hari ni saya nak share something yang menarik dan tertarik :P hasil dr blogwalking, fesbuking, on9'ing' hihihi. 1 artikel yang maybe da femes. ilmu Allah tu luas.. semoga dgn entry kali buat ikhwah + akhowat dapat kita fikir2 dan renung2 kan serta samat beramal. ececeh. hihi
***
Assalamualaikum..

Buat bakal suamiku..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata2 buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana2 lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana2 lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga2 kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat "expressionless face" dan 'cool'. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh2nya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina 'Aisyah R.A ;

" Sebaik2 wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah2 aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata2 untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan
menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah2 seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya2 adakah aku berada di tebing kebinasaan.
Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah2 wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu.

Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebuitr pasir yang wujud di mana2. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, yang memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkanku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaan ku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali2 bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna bagiku..

Dariku,
Bakal isterimu...

***

Ya Allah.. jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.. ameen..

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah s.w.t :

" Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Alah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya."
( Surah Ibrahim : 3)