Friday, May 6, 2011

Surat seorang ibu dan surat dari anak mak yang tak nakal lagi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)



entry kali ni saya amek dari youtube.
mengenai surat seorang ibu..

Surat seorang ibu
Untuk anak2 yang mak sangat rindukan,
masa berlalu sangat cepat sekali,

mak teringat sangat karenah adik,

suka sangat main doktor2,
sampai corong air emak pon dia buat main doktor2..


adik minat sangat nak jadi doktor,

tapi selalunya mak lah yang jadi doktor adik..

doktor yang ada bila2 masa yang diperlukan..


kadangkala mak bertanya,

adakah nanti anak2 boleh lakukan perkara yang sama kepada mak,
mak minta maaf
sekiranya mak terlalu mendesak adik dan along untuk belajar bersungguh2,

adik rajin. along pula.. selalu merungut..


1 hari tu, along merungut lukisan along tak cantik,

dan mak cuba tolong along,
walaupon along cakap lukisan along tak cantik,
pada mak itulah lukisan yang paling cantik yang pernah mak lihat,

along nak jadi fotografer,
along kata..
nak ambil gambar kita keluarga selalu..


sekarang along dah jadi fotografer yang berjaya,

tapi.. kita masih belum ambil gambar sekeluarga,
sementara itu lukisan along tu mak ga
ntung dalam bilik mak,
itulah satu-satu nya gambar keluarga kita yang mak ada..


masa berlalu sangat cepat,
along dan adik dah pun berjaya,
cuma kadangkala bukan mak tahu adik dan along sibuk..

cuma mak ni sunyi sangat...


orang ada cakap mak gila,
tunggu anak2 setiap hari,
kerana pada mak itulah hiburan mak..

selalu juga mak mendail separuh jalan,

takut sangat mengganggu adik dan along,

mak tahu anak2 mak sibuk..


tapi.. 1 hari tu..

mak memang terdesak,

sakit mak semakin teruk..
jadi mak telefon anak2..

tapi seperti biasa, semuanya sibuk..


bila mana mak rasa penghujung sudah tiba,
mak cuba nak
cakap,
mak rindu sangat dengan adik dengan along..

jika berdosa mak membesarkan kamu berdua, mak pohon adik dan along..
ampunkanlah mak...



surat dari anakmu yang tak nakal lagi..



***


ingatlah kasih ibu membawa ke syurga..

wassalam,
ShimaMia

***
Diriwayatkan dari Abu hurairah r.a katanya :

Telah datang seorang laki2 kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya :
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Ibumu."
Orang itu bertanya lagi : "Kemudian siapa?"
Rasulullah s.a.w bersabda : " Kemudian Ibumu."
Orang itu terus bertanya : "Kemudian siapa?"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Kemudian ibumu."
Orang itu terus bertanya : "Kemudian siapa?"
Rasulullah s.a.w bersabda : "Kemudian Ayahmu."
(HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad)


No comments: