Tuesday, December 28, 2010

wajah hodoh tapi baik hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


hari ni punya cerita :) artikel menarik. silaa la baca. hihi

Pada satu masa, wilayah Khurasan pernah di tadbir Gabenor Yazid Muhallab. Dia kacak, memiliki jasmani menarik dan pintar dalam pentadbiran. Itu menyebabkan rakyat sangat menyukainya, terutama kehebatannya berpidato. Bagaimanapun, beliau tidak suka tinggal di khurasan, lalu dipindahkan ke tempat lain.
Sebagai ganti, kerajaan Pusat mengangkat Qutaibah Muslim menjadi Gabenor Khurasan. Jauh berbeza dengan Yazid, Qutaibah lelaki hodoh dan tidak menarik. Keadaan itu menyebabkan seorang penyair muda menggubah syair mengenai Gabenor Qutaibah yang bunyinya :

"Semasa Yazid mentadbir Khurasan,
semua wajah kelihatan ceria,
pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas,
tapi kini diganti oleh monyet di sekitarnya,
berwajah hodoh dan menakutkan. "

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru itu sangat marah dan memerintahkan penggubah syair itu ditangkap. Mendengarkan berita itu, penyair berkenaan segera melarikan diri dan tersembunyi. Akhirnya, dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad pergi berjumpa ibu Qutaibah. Dia meminta surat jaminan supaya tidak di apa2kan oleh Qutaibah. Setelah mendapat surat itu, penyair itu pergi ke istana gabenor dan menyerahkan kepada Qutaibah yang tidak berbuat apa2 apabila menerima surat daripada ibunya.

"Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?" tanya Qutaibah. "Dengan wajah yang ku gunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tetapi dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepadaNya. Dia tidak marah. Padahal, kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu."

Qutaibah ketawa dan suka mendengarkan alasan penyair itu, lalu dibebaskan tanpa hukuman.

***
waah, best kan? bukan senang kita nak tengok orang lain memaafkan orang lain dengan senang hati macam tu. besttnya ! saya nak jadi macam tu la. insyaAllah :) memang senang nak maafkan, tapi dalam hati mesti ada sikit teringat kesalahan yang di lakukan.. tapi apa kata kita hijrah ke arah yang lebih baik. saya teringat ustaz yang bagi ceramah kat tempat saya tu. selalu dia ingatkan kitorang.. ingat 2 perkara, lupa 2 perkara..

Ingat kebaikan orang pada kita, ingat kesalahan kita pada orang
lupa kebaikan kita pada orang, lupa kesalahan orang pada kita..

bestkan? okay la. selamat beramal~ :)
(hari ni nak kemas rumah, abang nak kahwin lagi bape hari je. hhihi)

Salam,
ShimaMia

***
Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.
" Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang. "

Monday, December 27, 2010

celoteh Salwana :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

wana dan sahabat2nya

entry kali ni sangat la lain sikit. sikit je tak banyak. hihi malam tadi tengah dok online ym, tiba2 teringatkan sahabat sorang ni.. punyala mencari dia kat list ym ni.. Alhamdulillah akhirnya jumpa gak. okay kecewa dan hampa muncul~ kenapa la makcik ni tak online. :P (jangan marah wana) tak apa la tinggalkan text je la kat ym dia ni.. lepas je da click button send tu. saya pon terus la pergi mengembara dengan senang hati kat fesbuk.. tengah berangan apa tah masa tu, tiba terdengar bunyi tok tok tok.. eh ehhhh rupa2nya sahabat ni online cuma tak appear je. waahh gembira tak terkata !

opss, lupa nak perkenalkan nama sahabat saya ni. Siti Salwana binti Salehan.. nak tahu, kitorang dah kawan baik dari sekolah rendah lagi, lost contact kejap. contact balik.. Alhamdulillah ukhuwah tu masih di jaga.. :) ehemm. n entry kali ni nak cerita pasal salwana ni la, saya panggil dia wana :) confirm dia terharukan nama dia di abadikan dalam blog saya ni? (ambil hati kejap)..

nak di pendekkan cerita, sekarang ni wana da further study Yarmouk University kat Jordan, dan itu memang impian dan cita2 dia.. oh saya rindukan dia.. :( nasib baik lah dapat jumpa dia n join program jadi fasi smart solat bersama2 dengan sahabat yang lain under Asa explore.. itulah pertemuan terakhir dengan dia before dia fly Jordan n sangat3 bermakna time jadi fasi tu ada kenangan yang menarik di situ. hakhak. (wana :P)

saya copy paste je apa yang dia nak cerita. hihi harap korang semua faham la ye sebab ber'shortform', saje tak mau tukar sebab ada sentimental value sikit. hihi
plus sangat seronok bila saya cakap dengan dia, nak jadikan kisah dia kat Jordan tu untuk entry kali ni. dia pon setuju. yahooo! wana pon macam teharuuuu. aicehhh~ hikhik okayokay jom kita ikuti kisah yang sangat bermakna ni :) (dah macam wartawan la pulak?..hihi)..

kisah wana
(gaya wana cerita cam baca buku je) hihi

Aku (Salwana), ‘Aisyah dan kawan2 ku terbang ke Jordan. Kitorg naek flight Gulf Air..mase nak naik tu sakit telinge..tah nape tah..aku pon xtau..dlm flight tu kitorg tido n mkn(mknn arab…xde selera la time tu sbb mkn kmbg..hhhmmm..agk memualkan) pastu kitorg transit kat Bahrain..mmg penat sgt2 walaupon kte asyik duduk,mkn n tdo je dlm flight tu..hee..kt airport Bahrain tu kitorg nk bli sumting,,tp xreti sbb dlm tgn kitorg ade duit dolar je $_$..xde duit dinar or etc(xtau la kt Bahrain gne nilai matewang ape..heh) kitorg transit kt Bahrain ni sbb kne tuka flight…naek yg kecik skit..(kecik pon kecik la..aslkn selese kn2??) bpe jam tah dlm flight tu kitorg pon smpi la kt airport Queen Rania (kalo xclap aku la nme aiport tu…haha) ade senior2 sambut kt airport tu..pastu kitorg naek bas jami’ah(university)..dlm hati aku n ‘Aisyah > ni ke bas jami’ah…nape kecik pastu burok2 sket..soryla jht sket mulot kitorg time tu.. جدّاأسفة …lps 2jam dlm bas tu kitorg smpi la kt sakan(asrama) >> dlm bas tu kitorg tdo je..sbb pnt sgt kot !!

Awl2 duk kt sini…hmmm…ntah la xtau nk ckp ape…time kitorg smpi ni mcm da sjuk2 la gk…air kt cni byk klorin..xleh mndi ari2 sbb xelok tuk kesihatan…kt cni mndi tiap2 ari pon xelok sbb bole kne pnykit tulang…awl2 ni akk2 bwk kitorg jln2 kt irbid ni..tuka duit dolar tu ke dinar..huh..dr byk jd sikit je duitnye..lps semggu lbh kitorg kne buat pekse utk markaz lughah(pusat bahase) pekse ni utk tntukn kitorg ni mustawa(peringkat) bape…ade yg lpas pekse tu..ade yg xlps…aku xlps =’( ‘aisyah lps..huhu..bestnye dpt lpssss…kalo sape yg lps bole pilih nk msk @ tak…tp ‘aisyah msk je sbb akk2 kte markaz lughah ni bgos..hahaha…sebulan lps tu bru ‘aisyah tau betape bestnye markaz tu…haha..dont be =’( ‘aisyah ..tiap2 ari aku ade markaz..dri pkul 9.30-1.20 (penat jiddan2) ari2 blaja bende yg sme..kdg2 boring gk..tp xpela..gogo fighting ^^…’aisyah ade ari ahd,slsen rbu je..bestnyeee..opss..kt cni org keje dri ari ahd smpi khamis je…bbeza ngn kt msia..awl2 susah jgk nk terime..tp lme2 jd bese je..kt cni beza 5jam ngn msia…yakni lmbt 5jm…kalo time syita’ jd 6jam..bese kalo on9 smpi kul 12mlm kt cni,,nt org msia tnye nape xtdo lg?? sdgkn kt cni bry pkul 12mlm tp kt msia da pkul 6pg..hee..nk wat cmne..

Spe2 yg lps markaz lughah tu n amk markaz gk bole amk 2 maddah(subjek) kt kuliah…aku bole amk 1 je sbb aku xlps markaz lughah..lpe nk bgtau..aku amk kos usuluddin…’aisyah amk bahase arab..dokter2 kt mrkz ni best2 taw..ade yg garang,ade yg lmbt je,ade yg cool..haa..pelbagai kn??



sebenarnya ada lagi cerita dari wana yang dia tak sempat nak cerita, konon2 assignment untuk dia, almaklum la dia syok sangat kat sana takde assignment. takpe wana ! xjeles~ tapi nak wat camna, dia pon da ngantuk, siap bagi idea lagi, "nanti sambungannya aku bagi" hahaha.
itu je la kot.. hihi

okay, salwana + aisyah n semua sahabat2 yang lain..
semoga korang semua sabar n tabah la ye menuntut ilmu d negara orang.. ingat misi utama belajar kerana Allah s.w.t :) semoga bersama2 kita mencari redhaNya.. walaupun kita terpisah beribu2 batu.. tapi kita bersatu kerana Allah swt. semoga ukhuwah y terjalin ni tetap di hati kita.. sahabat selamanyaa.. (btw wana, ingat perjanjian antara kita tu. hahaha :P ) balik m'sia nanti, kita jalan2 dengan aisyah sekali la eh. kang sedih pulak dia. :D jaga kesihatan~ aicehhh~ hikhikhik semoga berjaya menggenggam skrol tu ! ♥ ♥ ♥ jiddan2 :)
okay, sekarang ni ketandusan idea, mungkin memerlukan rehat secukupnya kot. hemo3 :D
trimas kerana sudi membaca.

Salam,
ShimaMia

***
Dari Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Perumpaan persaudaraan kau muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama 1 tubuh, Apabila 1 anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)

Sunday, December 26, 2010

Sulaiman digoda wanita cantik

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah, akhirnya pencarian berhasil ! pencarian apa ye? haaaa. jengjengjeng :P sebenarnya saya dok mencari2 artikel yang saya suka simpan nak share kat blog ni. sharing is caring :) kan kan kan? katakan Ya ! hihi okay saya da mula merepek. cukup ! :D eh eh, jom la saya tak sabar da ni nak share pasal 1 artikel yang saya gunting dari paper yang da berwarna kuning ni. hikhik keluaran metro ahad april 2006, ruangan An-nur. sekarang 2010 nak masuk 2011 kan.. lama dah artikel ni, tapi kisah ni tetap segar dan menarik.. okay jommm kita sama2 hayati dan fahami serta jangan lupa ambil iktibar dari kisah pedoman ni :)


Sulaiman bin Yasir adalah lelaki gagah dan tampan. Satu hari, dia bersama seorang rakannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di satu tempat, mereka singgah untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman kemudian tinggal berseorangan apabila rakannya pergi membeli barangan. Dalam keadaan bersendirian, tiba2 muncul di depan Sulaiman seorang wanita cantik yang kemudian berkata "Beri saya !"

Sulaiman berganjak untuk mengambil makanan lalu di berinya kepada wanita itu. Namun, alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawapan wanita itu. "Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya." Mendengar kata2 itu, Sulaiman tersentak lalu berkata, "Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku."
Betapa gelisahnya hati Sulaiman sehingga dia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman.

Tidak lama kemudian rakan Sulaiman pulang. Ketika itu, mata Sulaiman yang sembab kerana menangis belum sempat terhapus. "Ada apakah gerangan, wahai Sulaiman?" tanyanya. "Aku teringat puteriku," kata Sulaiman cuba berbohong. "Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyika sesuatu," pujuk rakannya. Berikutan didesak, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru berlaku. Anehnya, rakannya yang mendengar cerita itu pula menangis teresak-esak. Sulaiman hairan dan tertanya2. "Mengapa engkau pula yang menangis?" tanya Sulaiman. "Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi," katanya.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dan tiba kota Makkah, bertawaf dan bersa'ie di Kaabah. Apabila letih, Sulaiman berbaring di satu ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Dia berkata kepada lelaki itu "Siapakah tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat." "Aku Nabi Yusuf As-Siddiq," jawab lelaki itu. "Sungguh engkau mengagumkan, wahai Nabi. Engkau menang melawan godaan isteri tuanmu," kata Sulaiman. "Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan juga !" jawab Yusuf dalam mimpi itu. Mimpi itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.

***
Apabila saya terbacakan kisah ni, saya pon terfikir gak.. adakah saya sekuat Sulaiman bin Yasir dalam menempuh ujian iman? adakah saya mampu melawan godaan yang mendatang? saya mula berfikir seandainya saya tak mampu melawannya.. Naudzubillahiminzalik.. seram bila d fikir2kan.. tetapi itulah, cabaran yang paling besar buat kita ... rasa nak nangis je bila teringatkan godaan tu semakin berleluasa di era ini, godaan yang pelbagai bentuk sangat mudah di dapati sangat mudah di cari, bak kata orang.. sekali click aje kat alam maya.. macam pisang goreng panas! laku~ Manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan dan sangat mudah terjerumus ke lembah maksiat jika tidak di didik, di kawal nafsu itu..
Saya juga insan yang lemah, yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan, yang memerlukan bimbingan agar iman tetap di hati ni..

Ya Allah.. Jauhilah kami dari bisikan2 syaitan yang di rejam, peliharalah pandangan kami, peliharalah iman kami, peliharalah agama kami.. Peliharalah kami dari melakukan perkara2 yang mampu melemahkan iman kami.. jauhilah kami dari melakukan perkara2 yang membawa kami kepada kemurkaanmu ya Allah.. tetapkan la hati kami agar terus berjuang di atas jalanMu ya Allah.. jalan menujuMu ya Allah.. jalan yang membawa kami kepada redhaMu ya Allah.. Sesungguhnya kami mendambakan keampunan dan kasih sayangMu ya Allah.... ameen..

Semoga dengan kisah ini, kita renung2kan dan ambil iktibar dari kisah Sulaiman bin Yasir ni, semoga kita semua kuat untuk melawan hawa nafsu dan bersama2 mencari redha Allah s.w.t..

Salam,
shimaMia

****
Firman Allah s.wt :
" Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggal(nya)."
( Surah An-Naazi'aat ayat : 40-41 )

Saturday, December 25, 2010

UiTM Puncak Alam tetap dihatiku

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


entry kali ni agak la menarik bagi saya, mungkin juga menarik bagi korang (sedapkan hati saya je..) InsyaAllah... tuptuptupp lagi berapa hari je ni nak masuk Sem 2, eh betul ke da nak masuk sem 2 ni? rasa macam tak pecaya je.. rasa macam semalam baru menjejaki tangga menara gading ni ( ayat buku.. hihi).. fuhh. rasa rindu nak berpatah balik sem 1 sebab saya rasa muda n nak jadi junior lagi.. :P (tolong la sedar, umur semakin meningkat, xsedar jugak? -.-)

okay, kehidupan seorang mahasiswi bukan lah mudah dan bukan susah macam apa yang saya dok fikir2 kan masa mula excited nak masuk u kan. sampai siap mimpi2 lg.. (ish3 saya memang kuat berangan..) hihi.. Alhamdulillah, saya seronok sangat3 bila dapat sesuaikan diri dengan kehidupan baru yang berwarnaWarni. best ! apa yang best ? semua ! :) dapat pulak membe yang boleh masuk otak sama, syukur Alhamdulillah.. mereka semua memahami, bersama2 d saat susah dan senang ( sekali lagi ayat Buku..) yang penting.. semoga ukhuwah ini berkekalan dan bersama2 mencari RedhaNya.. ameen...

fakulti sains kesihatan, Uitm puncak Alam. Pilihan saya :) oh gembiranya belajar kat sini, biar lah orang nak cakap apa, budak puncak duduk dalam hutan, teperuk kat hutan ke apa ke, tempat jin bertendang ke... itu semua bukan halangan untuk saya bercinta dengan buku. ( erk..)..

Sem 2 , sem 2..
tiba2.. rasa cam bau2 malas tu singgah kejap kat diri. bukan kejap lagi dah. rasa tu agak2 hampir sebati bila teringat nak masuk sem 2.. tapi macam tak sabar nak masuk sem 2.. rinduu kott kat semua budak palam. ohoho. ( confirm terharu la tu.. ? ) haha :D rindunya nak naik tangga yang 'menarik' tu.. lemau.. -.-" rindunya nak kembali bercinta dengan anatomy :) oh lupa nak bagitahu. anatomy ni kekasih hati kami.. 2 sem kena meluangkan masa berbicara n memahami isi hati anatomy. Alhamdulillah.. sem 1, anatomy dah tertawan dengan kami dengan jayanya.. tinggal lagi 1 sem je.. sem2 ni la kena pulon perabih nak tambat hati anatomy sedalam2 nya.. yeaahh anatomy.. im falling in leb wit u again :D.. ohh romantiknyaa.. hakhak.. semoga kami dapat menawan n merebut isi hatimu wahai Principles of anatomy !.. ameen..
erk.. geli la pulak bila dok berjiwang2 lagu ni.. tapi takpe demi sebuah perjuangan n semoga ia berhasil segulung kejayaan ! waah, sangat bersemangat. bagus !.. hikhik

okay azam baru di sem yang baru ! semoga terlaksana dengan majuDanJaya..
okay. waktu untuk merehatkan minda. :) trimas ya kerana sudi melawat teratak ini n terbaca pulak entry ni kan. hikhik. :)

Salam,
shimaMia

***
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
(Surah Al-Asr ayat 103:1-3)


di permulaan yang baru.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah, akhirnya rindu nak wat blog terubat. lama gak la saya tinggalkan dunia blog ni da smpai berhabuk dan berdebu blog ni. nak dekat setahun la kot. hihi. tapi bila dok usha blog2 membe2 lain terus cam wahhh. rinduunyaaa nak berblogging, nak membebel kt blog lagi nak apa. ha banyak la. tak tersenarai dalam list. :D kalau dulu, sehari tak merepek, tak membebel kat blog sampai susah nak tidur, tak lalu makan.hebat tak hebat penangan blog?

tapi.. sekarang ni da tak berapa nak reti membebel macam dulu. (aiceh~) biasa la umur semakin meningkatkan. dah tak UNDER age lagi. huaa3. bahagiaaaa tak ada la orang asyik tanya eh belajar kt u mana? (time sekolah). -.-.. nampak sangat muka ni tersangatlah Mature.. sobsobs masa tu hanya mampu tersenyum dengan manis. dalam hati, jangan cakap la. ya Allah.. :'(
Oh hampir terlupa nak bagitahu, post2 yang lama, dengan berat hatinya saya DELETE !~ dan kesedihan itu mula menyelubungi.. :( (jangan di tangisi lagi sesuatu yang telah tiada)

Okay, sekarang ni penggunaan bahasa yang saya praktikkan untuk blog yang baru ni, taip ayat yang penuh, walaupun bukan semua kan? almaklum la, pemikiran dah semakin berjinak2 menuju ke arah kematangan yang lebih :). insyaAllah.. oh sangat kaku rasanya weh. jari2 ni laju je nak wat shortform. tapi takpe la. baru bermula sebuah perjuangan~ :)
oh semangatnya !

okay la, cukup la kan entry yang baru ni. ke nak lebih lagi ? dah Fullstop~
semoga dengan permulaan yang baru ni. semakin rajin la saya untuk kembali berjuang berblogging bersama blogger :) plus corak penggunaan bahasa melayu dalam penulisan saya yang dah tak berapa mahir ni (konon2 je) dapat d pertingkatkan lagi dengan senang hati :)
insyaAllah..

salam,
shimaMia

***
"Kemenangan & kejayaan itu sedang menanti di hadapan kita, walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan"
(Imam Hassan al-Banna)