Thursday, May 2, 2013

Awas, panahan syaitan !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


***

Hadirnya, hati terusik,
Namun akal waras melayarkan persoalan,
Perlukah semua ini? Tidak !
Namun, hadirnya indah pada sebuah erti perasaan,
Ia makin hampir cuba untuk membuka,
Kuncinya?
Adakah masanya sudah tiba?

Lagi..
Akal waras bertindak dalam samar,
Melayarkan persoalan yang sama,
Jiwa memberontak menghalangi hadirnya,
Namun.. degilnya keindahan ini,
Ya, ia sebuah keindahan tapi tidak meredupkan pandangan,
tidak lazat dalam hidangan perasaan,
Ah ! ia cuma keindahan yang cuba dipalit kotoran.

Cuba dan terus mencuba,
seperti tidak kenal erti putus asa,
Ah ! hampir sahaja kunci berbisa itu membuka gerbangnya.

Dalam kekalutan, pergolakan rasa,
Dia menyapa lembut dengan kasih sayangNya,
Terbentang luas teguran penuh bermakna.

Alhamdulillah.. 
 Panahan cinta Syaitan ! Kau kecundang lagi !
Kau kalah lagi !

Harapan seketul hati.. bantulah diri menjaga Hati.
Menjaga untuk yang memiliki kunci.
Kunci yang telah ditetapkan Ilahi.


***

Duhai hati
Uruslah dirimu dengan istighfar, zikrullah & selawat.
Masanya akan tiba dengan izinNya..

Pernah diri ini terpalit dengan keindahan dunia, Pernah hati ini dicalari dengan garisan nafsu dunia, Namun, aku sedar masanya telah tiba. Aku harus bangkit dari sebuah kelalaian.. menjadikan Dia sebagai keutamaan !

Wassalam,
ShimaMia

***

Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia(syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana karunia Allah dan rahmatNya kepadamu, niscaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(QS. 24:21)


Moga sentiasa dalam Redha Allah.